[HATRICK SRITI GOMBAK TERCAPAI]
Tahniah kepada pasukan bola sepak SRITI Gombak kerana telah berjaya mencapai hatrick iaitu kejuaraan tiga kali berturut-turut (tahun 2017, 2018 dan 2019) di dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga peringkat SRITI Negeri Selangor.
Tahniah juga kepada Azhad Fakhrullah selaku pemain terbaik untuk ketiga-tiga edisi ini.
"Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murabbi"
[TAHNIAH KEPADA MURID SRITI AL-MUSTAQIM KERANA BERJAYA MEWAKILI DAERAH GOMBAK KE MSSS ]
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS SELANGOR B12
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Azhad Fakhrullah Bin Mohd Azlan dari Kelas 6 Bukhari yang telah berjaya dipilih untuk mewakili Daerah Gombak dalam acara Bola Sepak B12.
Kejohanan akan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai 2022 bertempat di Petaling Utama. Semoga Adik Azhad dapat bermain bersungguh-sungguh dan berjaya memperoleh kemenangan dalam kejohanan ini.
"Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murabbi"