SRITI AL-MUSTAQIM
GURU BESAR SRITI AL-MUSTAQIM SESI 2023/2025
Seluruh warga SRITI Al-Mustaqim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Mohammad Zulhilmi bin Yalalussuti di atas pelantikan sebagai Guru Besar SRITI Al-Mustaqim, Gombak yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023. Merupakan graduan Kejuruteraan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Gombak. Sudah berumah tangga dengan pasangan beliau iaitu Siti Nadiah Binti Rauf.
Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan dan perjalanan SRITI Al-Mustaqim dapat dilaksanakan selari dengan matlamat penubuhannya.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Ustaz Mohammad Zulhilmi dalam mengetuai pentadbiran SRITI Al-Mustaqim ke arah yang lebih cemerlang.
BARISAN GURU PENOLONG KANAN SRITI AL-MUSTAQIM
GPK AKADEMIK 2024/25
GPK HAL EHWAL MURID 2024/25
GPK KO-KURIKULUM 2024/25
GPK AL-QURAN SAHSIAH 2024/25
TAHUN 2025
ORGANISASI
TAHUN 2024
ORGANISASI
TAHUN 2023
ORGANISASI
sesi persekolahan 2023/2024
sesi persekolahan 2023/2024
sesi persekolahan 2023/2024
sesi persekolahan 2023/2024
sesi persekolahan 2023/2024
sesi persekolahan 2023/2024
TAHUN 2022
ORGANISASI
GURU BESAR PERTAMA SRITI AL-MUSTAQIM GOMBAK
(NOVEMBER 2016 HINGGA MEI 2023)
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI CEMERLANG SEBAGAI GURU BESAR DI SRITI AL- MUSTAQIM
Dengan penuh rendah hati dimaklumkan bahawa SRITI Al-Mustaqim telah kehilangan seorang insan yang sangat penting dan hebat. Beliau yang dimaksudkan adalah Ustaz Mohamad Kamarul Helmi bin Mohamad Nawawi. Beliau merupakan seorang yang berjiwa besar, kreatif,serba boleh dan sangat komited terhadap kerjayanya.
.
Terlalu banyak pencapaian yang dicapai oleh SRITI Al-Mustaqim di bawah kepimpinan beliau, antaranya :
1) Johan Keseluruhan Mahrajan Amal Islami Negeri Selangor selama 4 kali / 4 tahun berturut2 (2018, 2019, 2021 & 2022) dan membantu Selangor mendapatkan Johan Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat Kebangsaan 2 tahun berturut2 (2021 dan 2022)
2) GPS tertinggi dalam Penilaian Pertengahan Tahun (PPT) tahun 2022 bagi SRITI seluruh Negeri Selangor
3) Anugerah Sifar Musaadah dalam PSRA tahun 2022 peringkat Daerah Gombak
4) 17 orang murid darjah 5 mendapat 8A dalam UPKK tahun 2022
5) Johan Bola Sepak Peringkat SRITI Negeri Selangor 4 kali berturut-turut (2017, 2018, 2019, 2022) dan sebahagian daripada pemain bola sepak mewakili Gombak untuk bermain di peringkat Kebangsaan
6) Membantu Selangor Johan Bola Sepak dan Bola Jaring 2019 peringkat Kebangsaan.
.
Beliau telah menjadi guru besar di SRITI Al-Mustaqim sejak penubuhannya dari Disember 2016 sehingga Mei 2023. Beliau sangat komited dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan dan sentiasa memberikan yang terbaik agar SRITI Al-Mustaqim sentiasa cemerlang. Beliau sentiasa memastikan kebajikan guru-guru, staff dan murid sentiasa terjaga. Beliau bukan sahaja berkhidmat untuk sekolah tetapi tetap bergiat aktif dalam jemaah PAS.
.
Untuk makluman semua, beliau kini telah ditaklifkan menjadi Timbalan Pengarah 2 (Ketua Sektor Pembangunan Akademik) SRITI Negeri Selangor dan Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas Gombak merangkap Pengerusi SRITI Kawasan Gombak. Beliau juga akan terus memantau perjalanan SRITI khususnya SRITI Al-Mustaqim. Tahniah dan siiru ala barakatillah buat mantan mudir kita.
Semoga perjalanan beliau di dalam kerjayanya selepas ini sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Selamat Berbakti!
#sritigombak
BEKAS GURU PENOLONG KANAN
GPK AQS 2022 hingga 2024
GPK HEM 2022 hingga 2024
GPK Kokurikulum 2019 hingga 2022
GPK HEM 2017 hingga 2022
MEDIA SOSIAL SRITI AL-MUSTAQIM GOMBAK