PENCAPAIAN LAIN SRITI AL-MUSTAQIM
ANUGERAH GURU TAHUN 2019
[IJTIMA MUALLIMIN SRITI SELANGOR 2019]
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada guru-guru SRITI SELANGOR yang telah berjaya menghadiri Ijtima' Muallimin yang telah diadakan selama 2hari 1malam bertempat di Masjid Ubudiyyah, Shah Alam.
Pelbagai pengisian mantap oleh Murabbi Pendidikan telah dikongsi sepanjang Ijtima' berlangsung.
TAHNIAH diucapkan kepada Muallimah Khairunnisa binti Mohd Amin Roslan selaku GPK 1 SRITI Al-Mustaqim Gombak yang telah mendapat Anugerah Guru Cemerlang dan juga Tokoh Guru Mithali SRITI SELANGOR.
Semoga segala input yang diperolehi dapat diaplikasikan oleh semua guru-guru.
ANUGERAH GURU TAHUN 2021
[IJTIMAK MUALLIM DAN SAMBUTAN HARI GURU SRITI SELANGOR 2021]
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Ijtimak Muallim dan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor.
Tahniah Muallimah HusnatanÂ
(Anugerah Guru Komited SRITI Al-Mustaqim)
.
Tahniah Ustaz Nabil
(Anugerah Guru Kanan Ko-kurikulum SRITI Selangor)
.
Tahniah Muallimah Khairunnisa
(Anugerah Guru Kanan Akademik SRITI Selangor)
Serta
Sekalung Tahniah dan Penghargaan buat;
Mudir Ustaz Kamarul Helmi
(Anugerah Guru Besar Cemerlang SRITI Negeri Selangor)
Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru dan kakitangan SRITI Al-Mustaqim Gombak yang telah sama-sama berganding bahu melakukan yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi akan datang.
Jazakumullah khoir di atas kerjasama dan pencapaian sepanjang berkhidmat dan berjihad di bawah naungan SRITI Negeri Selangor.
ANUGERAH GURU TAHUN 2023
[SAMBUTAN HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 2023]
ANUGERAH GPK AKADEMIK TERBAIK
Muallimah Hosnatan binti Salleh
ANUGERAH GPK KOKURIKULUM TERBAIK
Ustaz Muhammad Izzuddin Mustaqim bin Shahizan
ANUGERAH GURU KOMITED
Muallimah Siti Rahmah binti Ismail
ANUGERAH KHAS PENGARAH SRITI
Ustaz Mohamad Kamarul Helmi bin Mohamad Nawawi
.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz dan Muallimah yang mendapat Anugerah Guru dalam majlis berprestij iaitu Majlis Hari Guru peringkat Negeri Selangor.
.
Alhamdulillah atas berkat usaha dan kegigihan kalian memberikan yang terbaik untuk sekolah.
Semoga ustaz dan muallimah menjadi guru mithali dan terus istiqomah dalam mendidik anak-anak menjadi generasi Murabbi Rabbani SRITI Al-Mustaqim, SRITI Gombak .
"MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI"
#GuruMithaliPemangkinGenerasiRabbani
#MembinaGenerasiRabbaniMurabbi
ANUGERAH GURU TAHUN 2024
[SAMBUTAN HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR 2024]
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muallimah Sumayyah yang mendapat Anugerah Guru Komited dalam majlis berprestij iaitu Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan peringkat Negeri Selangor.
.
Alhamdulillah atas berkat usaha dan kegigihan kalian memberikan yang terbaik untuk sekolah.
Semoga ustaz dan muallimah menjadi guru mithali dan terus istiqomah dalam mendidik anak-anak menjadi generasi Murabbi Rabbani SRITI Al-Mustaqim, SRITI Gombak .
"MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI"
#GuruMithaliPemangkinGenerasiRabbani
#MembinaGenerasiRabbaniMurabbi
ANUGERAH TOKOH MURID TAHUN 2023
ANUGERAH TOKOH IMAM AS SYAFIE 2023
ANUGERAH TOKOH SAIDATINA AISYAH 2023
ANUGERAH ITHBAT HAFAZAN TAHUN 2023
PENERIMA ITHBAT HAFAZAN KATEGORI 5 JUZUK
PENERIMA ITHBAT HAFAZAN KATEGORI 10 JUZUK
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK SRITI NEGERI SELANGOR 2022