PERINGKAT NEGERI SELANGOR
TAHUN 2025
Alhamdulillah, SRITI Gombak berjaya mendapat tempat bagi acara:
1) Johan Bola Sepak
2) Naib Johan Bola Jaring
3) Olahraga bagi kategori:
100m Lelaki tahap 1 - Pingat Gangsa
100m Perempuan Tahap 2 - Pingat Emas
200m Perempuan Tahap 2 - Pingat Emas
4 x 100m Perempuan Tahap 2 - Pingat Emas
Peserta 100m & Perempuan Tahap 2 adik Nur Zahraa Damia pula telah dinobatkan sebagai Olahragawati KESUGA Peringkat Negeri Selangor.
SRITI Gombak juga berjaya merangkul Naib Johan Keseluruhan KESUGA SRITI Negeri Selangor 2025.
TAHUN 2024
Alhamdulillah, SRITI Gombak berjaya mendapat tempat bagi acara:
1) Johan Bola Sepak
2) Naib Johan Bola Jaring
3) Olahraga bagi kategori:
100m Lelaki Tahap 2 - Pingat Emas
100m Perempuan Tahap 1 - Pingat Emas
4 x 100m Perempuan Tahap 1 - Pingat Emas
4 x 100m Lelaki Tahap 2 - Pingat Perak
Peserta 100m Lelaki Tahap 2 adik Aliff Uthman pula telah dinobatkan sebagai Olahragawan KESUGA Peringkat Negeri Selangor.
SRITI Gombak juga berjaya merangkul Johan Keseluruhan KESUGA SRITI Negeri Selangor 2024.
Anugerah Individu KESUGA 2024
Majlis Sukan SRITI Selangor (MASSEL)
TAHUN 2023
Johan Bola Sepak Peringkat SRITI Negeri Selangor 4 kali berturut-turut (2017, 2018, 2019, 2022) dan sebahagian daripada pemain bola sepak mewakili SRITI Selangor untuk bermain di peringkat Kebangsaan
KEJOHANAN SUKAN SRITI NEGERI SELANGOR TAHUN 2017
TAHNIAH KEPADA KONTINJEN SRITI GOMBAK
.
[Majlis Meraikan Kontinjen Sukan SRITI Al-Mustaqim Gombak yg mewakili sekolah ke Sukan SRITI Negeri Selangor 2017]
.
Anak2 Murid SRITI Al-Mustaqim yang mewakili sekolah telah berjuang sehabis baik dalam Sukan SRITI Negeri Selangor yang berlangsung di Sport Center 88, Alam Jaya, Puncak Alam pada 16 Julai 2017.
.
Pencapaian yang membanggakan untuk kejohanan pertama peringkat negeri. SRITI Al-Mustaqim menjadi Juara bagi acara Bola Sepak manakala bagi acara Bola Jaring, SRITI Al-Mustaqim mendapat tempat ke-3.
.
Majlis telah diadakan sebelah tengahari di Texas Chicken, Sri Gombak. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak yg merupakan Pengerusi SRITI Al-Mustaqim.
.
Seterusnya Majlis penyampaian sijil penyertaan dan juga cenderahati beg kepada para peserta. Acara kemuncak merupakan acara makan2 segala juadah yg disediakan.
.
Sriti Al-Mustaqim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda Pas Gombak yang telah menaja sebahagian besar majlis ini.
.
Tahniah sekali lagi buat semua anak2 SRITI. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.
#sritialmustaqim #membinagenerasirabbanimurobbi #sukansritinegeriselangor
TAHUN 2018
KEJOHANAN SUKAN SRITI NEGERI SELANGOR TAHUN 2018
TAHNIAH KEPADA KONTINJEN SRITI GOMBAK
.
TAHNIAH & SYABAS kepada kontinjen SRITI AL-MUSTAQIM, GOMBAK kerana berjaya muncul JOHAN bagi Acara Bola Sepak, TEMPAT KEDUA Perarakan Terbaik & TEMPAT KETIGA bagi acara Bola Jaring dalam kejohanan Sukan SRITI (SUKTI) Peringkat Negeri Selangor 2018 kali kedua yang berlangsung pada hari Ahad baru-baru ini. Kita juga menerima anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak menerusi Adik Muhammad Azhad Fakhrullah Bin Mohd Azlan yang telah menjaringkan hatrick semasa perlawanan akhir.
.
Syabas & Tahniah kepada Jurulatih, Guru2, para pemain, Ibubapa & semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan yang digapai ini adalah untuk dikongsi bersama dan bukan milik sendiri semata-mata.
.
Bagi acara balapan, tahun ini masih bukan rezeki kita lagi walaupun kita berjaya masuk ke peringkat akhir untuk acara individu lelaki 70 meter dan 4 x 70meter lelaki..InsyaAllah, persiapan awal akan dibuat oleh peserta acara balapan bagi memastikan peluang memperolehi pingat lebih cerah pada tahun hadapan.
.
Apa yang lebih penting, semua anak2 yang mewakili kawasan Gombak, telah berikan yang terbaik dalam temasya sukan ini.."We are very proud with all of you"..Yang tidak berjaya, bermakna belum rezeki kita lagi untuk menang. Yang pasti, "We will Comeback Stronger"..Yang menang pula, bukan untuk bermegah..kalah tak rebah, menang tak megah..
.
Paling utama, terima kasih kpd bantuan dan semangat serta support 200% drpd para Ibubapa terutama yg bersama-sama hadir ke Stadium Jugra, Banting. SRITI sangat berbangga dan bertuah mendapat sokongan drpd ibu bapa sekalian.
.
InsyaAllah, kita akan sama-sama bertandang ke Kedah pula pada hujung bulan Ogos untuk menghadapi Sukan SRITI peringkat kebangsaan.
.
Mudir SRITI Al-Mustaqim
17 Julai 2018
KEJOHANAN SUKAN SRITI NEGERI SELANGOR TAHUN 2019
[Alhamdulillah, Misi Hatrick Pasukan Bola Sepak SRITI Gombak tercapai!!!]
Keputusan penuh pencapaian SRITI Gombak dalam Sukan SRITI Selangor (SUKTI) 2019 berlangsung di Kompleks Sukan Sabak Bernam.— with Husnatan Mohtar and 7 others.
Pencapaian SRITI Gombak pada Kejohanan SUKTI Negeri Selangor 2019
Pemain Terbaik Bola Sepak (Muhammad Azhad Fakhrullah Bin Mohd Azlan - SRITI Gombak)
Pingat Emas
Bola Sepak - Ibu segala pingat
(Tiga tahun berturut-turut berjaya menjadi Juara Bola Sepak Sukan SRITI Selangor bermula tahun 2017 - 2019)
Peringkat Kumpulan (SRITI Gombak juara kumpulan C):
SRITI Gombak 2-0 SRITI Subang
(Azhad - 2 gol)
SRITI Gombak 0-0 SRITI Kuala Selangor
Suku Akhir : SRITI Gombak 6-0 SRITI Hulu Selangor
(Azhad 3 gol, Al-Amin, Darwish, Aiman Kamil - 1 gol)
Separuh Akhir : SRITI Gombak 2-0 SRITI Puchong
(Azhad - 1 gol, Aiman kamil 1 - gol)
Akhir : SRITI Gombak 2-0 SRITI Kuala Selangor
(Azhad - 1 gol, Darwish - 1 gol)
Pingat Gangsa
Bola Jaring (berkongsi tempat ketiga & keempat)
4 x 70m lelaki (tempat ketiga) - Dzulfaris, Anas Farhan, Fakhrulraziq & Sulhi
Finalis Acara Balapan
70 meter lelaki - Harith Dayyan
70 meter perempuan - Salsabila
4 x 70 meter perempuan - Airis, Hasinatun, Sarah Firjani, Zaimatul Ain
100 meter lelaki - Hadi dan Haziq Rayyan
100 meter perempuan - Dhamia dan Wan Norhana
4 x 100 lelaki - Solehuddin, Alif Ibrahim, Aqil Jafri, Asyhar
Memanah
Berpasukan lelaki - tempat ke 5
Berpasukan perempuan - termpat ke 4
Pencapaian yang sangat membanggakan bagi acara balapan kerana berlaku peningkatan yang sangat banyak berbanding tahun lepas dimana pada tahun lepas, SRITI Gombak tidak layak ke final bagi semua acara balapan..
Acara Memanah pula merupakan penyertaan kali pertama bagi SRITI Gombak. InsyaAllah akan diteruskan lagi usaha untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian bagi acara ini.
Apa yang lebih penting, semua anak2 yang mewakili SRITI Gombak, telah berikan yang terbaik dalam SUKTI kali ini..Kami sangat berbangga dengan anda semua.
Terima kasih ibubapa/penjaga, coach, guru- guru, semua murid, pihak pengurusan SRITI Gombak terutamanya mereka-mereka yang hadir ke Sabak Bernam memberikan sokongan padu kepada anak2 atlit yang berjuang membawa nama SRITI Gombak.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur: ALP SRITI Negeri Selangor, Majlis Guru Besar Sriti Selangor, Saf pelaksana SUKTI dari SRITI Selangor, DACS dan Jabatan Amal serta semua yang terlibat menjayakan SUKTI 2019.
InsyaAllah kami akan datang dengan lebih hebat lagi pada tahun hadapan.
Mudir
SRITI Al-Mustaqim Gombak
8 April 2019
KEJOHANAN SUKAN SRITI NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
PASUKAN BOLA SEPAK SRITI GOMBAK JUARA KALI KE-4 MASSSEL 2022
Alhamdulillah, Majlis Sukan SRITI Selangor (MASSSEL) melabuhkan tirai. Temasya yang berlangsung di Stadium Sepang melakar memori baharu untuk kontinjen SRITI Al-Mustaqim, Gombak.
Tidak pulang dengan tangan kosong, SRITI Gombak merangkul 2 pingat gangsa yang disumbangkan oleh pasukan pemanah banat dan acara larian 4x100 tahap 1 banat.
SRITI Gombak juga memenangi perbarisan terbaik dengan membawa tema Pahlawan Islam di Nusantara.
Perasaan bercampur-baur sejurus sahaja SRITI Gombak berjaya mempertahankan gelaran johan bagi ibu segala pingat iaitu acara bola sepak, 4 tahun berturut-turut.
Rata-rata pemain sebak apabila jurulatih, En. Azlan memberikan kata-kata akhir terutamanya kepada pemain-pemain yang merupakan tahun akhir di SRITI.
Azhad Fakhrullah juga telah mengharumkan nama SRITI Gombak apabila dinobatkan sekali lagi sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak MASSSEL 2022.
Bagi acara-acara lain, kita akan berusaha mencari resepi yang terbaik bagi memastikan kejayaan menjadi milik SRITI Gombak pada masa akan datang.
Tahniah dan terima kasih kepada kontinjen SRITI Gombak serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam kemenjadian anak-anak.
Ambillah masa berehat, kerana masih panjang perjalanan kita.
Jumpa lagi di temasya seterusnya. InsyaAllah.
' It's okay, it's alright, next year we will fight"
"Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi"
Like | Follow | Share
Kenangan Manis pada Sukan SRITI Kebangsaan tahun 2019
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Selangor dan pasukan bola sepak SRITI Selangor selaku johan pada tahun 2019 di mana seramai 9 orang pemain adalah daripada SRITI Kawasan Gombak.
Mereka adalah Muhammad Azhad Fakhrullah, Hani Fayzul Haq, Ummar Haqeem, Ahmad Syahmi Darwish, Putera Aqil Danysh, Malik Al-Amin, Uwais bin Syahril, Ahmad Zulfadhlain dan Muizuddin.
Alhamdulillah, tahniah.
Kenangan Manis pada Sukan SRITI Kebangsaan tahun 2019
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Selangor dan pasukan memanah SRITI Selangor selaku johan pada tahun 2019 di mana seramai 3 orang pemanah adalah daripada SRITI Kawasan Gombak.
Mereka adalah Malik Muhammad, Nur Adelia Hani dan Dhia Aimi Fakhira.
Alhamdulillah, tahniah.