SRITI AL-ABQARI
GURU BESAR SRITI AL-ABQARI SESI 2025
Seluruh warga SRITI Al-Abqari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Muhd Abdul Fattah bin Mohd Azemi Azman di atas pelantikan sebagai Guru Besar SRITI Al-Abqari, Gombak yang berkuatkuasa mulai 14 Jan 2025. Beliau juga merupakan bekas Guru Besar SRII Al-Abqari, Gombak sebelum bertukar ke SRITI di bawah Dewan Pemuda PAS Gombak.
Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan dan perjalanan SRITI Al-Abqari dapat dilaksanakan selari dengan matlamat penubuhannya.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Ustaz Muhd Abdul Fattah dalam mengetuai pentadbiran SRITI Al-Abqari ke arah yang lebih cemerlang.
TAHUN 2025
ORGANISASI
MEDIA SOSIAL SRITI AL-ABQARI GOMBAK