S : Berapakah bayaran untuk menjadi ahli Pusat Sumber?
J : Pendaftaran keahlian Pusat Sumber IPG Kampus Rajang adalah PERCUMA.
S : Berapakah bayaran untuk menjadi ahli Pusat Sumber?
J : Pendaftaran keahlian Pusat Sumber IPG Kampus Rajang adalah PERCUMA.
S : Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam oleh pelajar?
J : Pelajar yang berdaftar sebagai ahli boleh meminjam sebanyak lima (5) buah buku untuk tempoh 14 hari. Jika pelajar menjadi ahli Sukarelawan Pusat Sumber (LibraryCrew), pelajar berpeluang untuk meminjam sepuluh (10) buah buku untuk tempoh 21 hari.
S : Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam oleh pensyarah, pegawai pengurusan dan AKP?
J : Pensyarah, Pegawai Pengurusan dan AKP boleh meminjam sebanyak sepuluh (10) buah buku untuk tempoh sebulan (30 hari).
S : Apa itu WebOPAC?
J : WebOPAC atau Web Online Public Access Catalog merupakan sistem katalog berasaskan web yang digunakan dalam pencarian bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi Pusat Sumber. Kemudahan ini membolehkan pencarian dilakukan dengan menggunakan kata kunci seperti judul buku, topik dan nama penulis.
S : Apa itu e-Perpustakaan IPG KPM?
J : e-Perpustakaan IPG KPM memaparkan bahan sumber rujukan pendidikan yang boleh diakses dari pelbagai lokasi dan peranti internet. Terdapat Repositori Institusi Luar dan Sumber Dalam Talian disediakan untuk rujukan.
S : Jika saya menghantar buku lewat sehari dari tarikh pemulangan, berapa jumlah denda yang perlu saya bayar?
J : Pengguna akan dikenakan denda kelewatan 0.20 sen sehari untuk setiap buku yang dipinjam.
S : Adakah Pusat Sumber dibuka pada hujung minggu?
J : Pusat Sumber tidak dibuka pada hujung minggu.