SUKANTARA
PENGENALAN
Kejohanan sukantara diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada murid tingkatan 4-5 yang mengganggotai pasukan rumah sukan masing-masing menyumbang sejumlah pungutan mata. Pungutan mata terkumpul kemudiannya ditambah untuk menentukan pemenang rumah sukantara tahun 2023. Pelbagai acara telah disusun khusus menguji kemampuan mental dan fizikal para peserta untuk melepasi had masa, had jarak dan had ketinggian dalam usaha memunggut sebanyak mungkin mata bagi disumbang kepada pasukan rumah masing-masing.
OBJEKTIF
2.1 Mengurus, memantau dan mengelola kejohanan sukantara dengan cemerlang.
2.2 Memberi peluang kepada warga pendidik menimba pengalaman dan kemahiran dalam aspek pengelolaan sukan.
2.3 Mewujudkan suasana pertandingan yang sihat dan berkualiti.
2.4 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek.
TEMPOH PERLAKSANAAN
Lompat Jauh-2 Minggu (3-4.4.2023)
Pecut 70M-2 Minggu (10-21.7.2023)
Melontar Peluru-2 Minggu (2-13.10.2023)
SYARAT-SYARAT
1. Semua murid Tingkatan 4-5 wajib menyertai Sukantara. Pengecualian diberi kepada murid yang ada masalah kesihatan.
CARA PERLAKSANAAN
1. Sukan ini akan diadakan semasa PJK pada minggu yang ditetapkan.
2. Guru PJK akan mengadili dan merekodkan pencapaian murid dalam borang yang disediakan.
3. Guru terlibat adalah :
Semua guru PJPK yang mengajar tingkatan 4-5.
HAD KELAYAKAN
Lompat (Jauh) = 2.5 m atau lebih
Larian (70m) = 15 s atau kurang
Melontar Peluru (4.54kg) = 4.00 m atau lebih
PEMARKAHAN
1. Setiap murid yang melepasi had kelayakan akan menyumbangkan 1 markah kepada rumah sukannya. Markah dicatatkan oleh Guru dan dimasukkan dalam Google Spreedsheet.
PEMENANG
1. Pemenang rumah sukan yang mendapat jumlah kutipan markah tertinggi adalah pemenang dan seterusnya.