PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6
a. Kegiatan Kokurikulum Tingkatan Enam merangkumi tiga bidang iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan yang mempunyai peranan terhadap keberkesanan pembentukan individu secara menyeluruh.
b. Matlamat utama kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam adalah untuk membentuk kepimpinan yang menuju ke arah membina negara bangsa yang meliputi aspek perpaduan, patriotism dan jati diri bagi mendukung aspirasi nasional. Kegiatan kokurikulum juga dapat mendidik murid secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, bersikap prihatin, berinovasi dan proaktif, berfikiran matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, memiliki keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
c. Kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam mesti dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar kesahan dan kebolehpercayaan hasil penilaian itu tidak dipertikaikan, lebih-lebih lagi apabila markah kokurikulum dijadikan sebahagian daripada markah penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian tinggi awam (IPTA)
d. Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam turut melibatkan perubahan pengoperasian kokurikulum. Oleh itu, pengurusannya boleh diadakan secara berasingan daripada kegiatan- kegiatan kokurikulum aliran perdana.
a. Murid Tingkatan Enam diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga bidang iaitu kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan/permainan
b. Pemilihan kelab/persatuan, pasukan badan beruniform, dan sukan/permainan berdasarkan kriteria yang berikut:
i. Merupakan kelab/persatuan yang berkaitan dengan mata pelajaran STPM
ii. Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
iii. Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel, dan kursus.
iv. Murid yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.
v. Guru penasihat adalah dalam kalangan guru Tingkatan Enam.
c. Setiap murid Tingkatan Enam wajib menyertai tiga bidang kokurikulum:
i. Kelab/persatuan merangkumi aktiviti seperti yang berikut:
a. Persatuan Tingkatan Enam
b. Audio Visual
c. Sejarah dan Patriotisme
d. Bahasa dan Kesusasteraan
e. Kesenian dan Kebudayaan
f. Alam Sekitar
ii. Pasukan Badan Beruniform:
a. Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
b. Kadet Polis
c. Kadet Bomba
d. Pengakap Kelana
e. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
f. Persatuan Seni Bela Diri
iii. Sukan/permainan:
a. 24 jenis sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
b. Permainan ubahsuai seperti futsal, 3-on-3 basketball, street football dan sebagainya.
c. Sukan-sukan lain yang popular dan sukan extreme seperti Petanque, lawn ball, dan skateboard
a. Tempoh pelaksanaan melibatkan murid Tingkatan Enam dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 penggal iaitu Penggal 1, 2 dan 3.
b. Peruntukan satu perjumpaan kokurikulum ialah 160 minit seminggu.
c. Perjumpaan, penglibatan dan pencapaian akan direkodkan dalam Buku Pengurusan kokurikulum setiap Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform, dan Sukan/Permainan serta diselia oleh guru penasihat.
d. Tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform , dan Sukan/Permainan:
i. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua,GPK Kokurikulum (Kolej Tingkatan Enam/Mod 1) dan GPKT6 (Mod 2 dan Mod 3).
ii. Menguruskan organisasi bawah kawalan dan tanggungjawab gurU penasihat.
iii. Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan KPM, JPN, PPD, Pengetua, GPK Kokurikulum(Kolej Tingkatan Enam/Mod 1) dan GPKT6 (Mod 2 dan Mod 3).
iv.Bekerjasama dengan GPK Kokurikulum arus perdana untuk menjayakan agenda kokurikulum KPM, JPN, PPD , dan sekolah.
v. Mengemaskini maklumat dan melaporkannya kepada Pengetua/GPK Kokurikulum (Kolej Tingkatan Enam/Mod 1) /GPKT6 (Mod 2 dan Mod 3).
vi. Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancang dan dilaksanakan.
vii.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan pleh Pengetua, GPK Kokurikulum (Kolej Tingkatan Enam/Mod 1) dan GPKT6 (Mod 2 dan Mod 3).
e. Kod Pakaian
Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum ialah pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
f. Ketidakhadiran Aktiviti Kokurikulum
a. Murid yang tidak hadir dalam aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan daripada pihak berautoriti/doktor awam/doktor swasta.
b. Murid yang tidak hadir dalam aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab. Jika masih ingkar, tindakan disiplin boleh dikenakan oleh pengurusan Hal Ehwal Murid Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) dan GPKT6 (Mod 2 dan Mod 3).
a. Murid Tingkatan Enam diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga bidang kokurikulum, iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform, dan Sukan/Permainan. Namun begitu, pengiraan markah 10 peratus kokurikulum bagi murid tingkatan Enam diambilkira berdasarkan kepada mana-mana dua bidang kokurikulum yang mendapat markah tertinggi.
b. Aktiviti baharu kokurikulum Tingkatan Enam mengikut bidang adalah seperti yang berikut:
i. Kelab/Persatuan
a. Kursus kepimpinan/pengurusan
b. Aktiviti Koakademik
ii. Pasukan Badan Beruniform
a. Perkhemahan tahunan
b. Kursus kenaikan pangkat
c. Pertandingan kawad kaki
iii. Sukan/Permainan
a. Menganjur/menyertai karnival sukan/permainan
b. Kursus teknikal dan kejurulatihan
a. Karnival Tingkatan Enam dijadikan sebagai aktiviti tahunan KPM dan dilaksanakan secara berstruktur serta bergilir mengikut negeri. Yang berikut merupakan perkara yang dicadangkan.
i. Tarikh yang dicadangkan adalah pada bulan Jun atau Julai kerana pada masa ini murid Tingkatan Enam telah tamat peperiksaan Penggal Kedua.
ii. Cadangan pelaksanaan karnival adalah di permis Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memandangkan cuti pelajar IPG adalah sama dengan cuti sekolah, manakala pelajar IPTA telah mula bercuti dari bulan Jun hingga September.
iii. Karnival dilaksanakan selama lima hari empat malam, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik murid.
iv. Karnival ini merupakan acara kemuncak di peringkat kebangsaan selepas saringan di peringkat sekolah, daerah dan negeri dilaksanakan, iaitu yang bermula dari bulan Januari hingga Mei.
b. Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Kelab/Persatuan:
a. Pertandingan debat ala parlimen (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
b. Persembahan kesenian dan kebudayaan (seperti tarian tradisional, lagu puisi ,dan lain-lain yang bersesuaian)
c. Pembentangan hasil penyelidikan/inovasi secara kumpulan
ii. Badan Beruniform
Perkhemahan unit beruniform
iii. Sukan /Permainan
a. Pertandingan seperti futsal melibatkan pasukan lelaki dan perempuan.
b. Pertandingan seperti bola keranjang 3-on-3 melibatkan pasukan lelaki dan perempuan.
a. Pentaksiran aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai berdasarkan perkara yang berikut:
i. kehadiran
ii. jawatan disandang
iii. pengurusan projek
iv. penglibatan
v. pencapaian
vi. ekstra kurikulum
b. Jadual 1.1 menunjukkan taburan markah dalam pentaksiran kokurikulum. Tiga aspek pentaksiran yang berbeza dengan pentaksiran sedia ada ialah aspek pengurusan projek (jawatan dan peringkat pelaksanaan), penglibatan, dan pencapaian. Pengurusan projek merupakan elemen baharu dalam pengiraan markah kokurikulum. Projek merangkumi aktiviti khidmat masyarakat dan kesukarelaan.
c. Kehadiran
Aspek kehadiran diberikan markah yang tertinggi iaitu 50 markah dalam pentaksiran ini, dengan tujuan untuk menggalakkan murd hadir pada setiap perjumpaan yang ditetapkan. Bilangan perjumpaan bagi setiap bidang adalah tidak kurang daripada lima belas (15) kali sepanjang pengajian di Tingkatan Enam. Tempoh perjumpaan ialah 160 minit seminggu, seperti Jadual 1.2: Bilangan kehadiran bagi Setiap Penggal Pengajian Tingkatan Enam, dan Jadual 1.3: Bilangan Kehadiran dan Markah. Oleh itu, murid perlu menyempurnakan 45 kali perjumpaan sepanjang tempoh pengajian Tingkatan Enam bagi ketiga-tiga bidang. Perjumpaan kokurikulum dicadangan pelaksanaannnya dalam waktu persekolahan.
d. Markah kokurikulum bagi jawatan yang disandang adalah seperti dalam Jadual 1.4: Markah Jawatan Disandang bagi Pasukan Badan Beruniform, dan Jadual 1.5: Markah tertinggi ialah 10 markah, manakala markah terendah ialah 2 markah. Markah diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan dalam sesuatu bidang kokurikulum.
e. Markah pengurusan projek pula meliputi dua perkara, iaitu berdasarkan jawatan yang disandang dan peringkat pelaksanaan bagi sesuatu projek. Markah pengurusan projek yang dicadangkan adalah seperti dalam Jadual 1.6: Markah Pengurusan Projek, dan Jadual 1.7: Markah Mengikut Pelaksanaan Peringkat Projek. Markah tertinggi iaitu 10 markah diperuntukkan bagi murid yang menjadi Pengerusi/Pengurus Projek, manakala markah terendah iaitu 5 markah diperuntukkan bagi murid yang menjadi ahli bagi sesuatu projek. Seterusnya, 10 markah diberikan bagi pelaksanaan projek di peringkat negeri dan 6 markah di peringkat sekolah.
f. Pengurusan projek merupakan aspek penting dalam pentaksiran kokurikulum kerana pengajian Tingkatan Enam merupakan platform utama untuk murid mengasah bakat kepimpinan sebagai seorang pengurus atau pentadbir sesuatu projek demi melahirkan murid yang berperibadi unggul sebagai pemimpin masa depan negara. Projek yang boleh dilaksanakan oleh murid Tingkatan Enam adalah seperti dalam Jadual 1.8: Contoh Aktiviti Khidmat Masyarakat / Kesukarelaan.