Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor
Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.
• Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
• Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
• Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
• Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.
1. FORMAT PAJSK
Terbahagi kepada tiga komponen
2. UJIAN SEGAK
SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah. Ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
3. KOKURIKULUM
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:
i. Kelab/Persatuan
ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan/Permainan
Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen.
3.1. ASPEK PENTAKSIRAN
Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:
i. Penglibatan;
ii. Penyertaan; dan
iii. Prestasi.
Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan pentaksiran. Pentaksiran tersebut adalah berdasarkan enam (6) elemen seperti berikut:
3.1.1 Jawatan Disandang (10 markah)
Markah diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah seperti berikut:
3.1.2. Peringkat Penglibatan (20 markah)
Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan ahli pasukan atau pasukan adalah sama. Terdapat tiga jenis tahap penglibatan seperti keterangan berikut:
3.1.3. Komitmen (10 markah)
Komitmen dinilai atau ditaksir daripada 10 aspek dalam pengamatan, pemerhatian guru penasihat. Penumpuan pemerhatian guru meliputi aspek berkaitan kepimpinan, sikap dan kesungguhan seseorang murid semasa melaksanakan aktiviti. Guru Penasihat hanya boleh menandakan maksima empat
aspek darpada 10 pilihan yang diberi dengan wajaran markah seperti di senaraikan.
3.1.4. Khidmat Sumbangan (10 markah)
Dalam aspek ini markah diberikan kepada murid berdasarkan penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti atau program di peringkat sekolah. Empat aspek yang dinilai meliputi perkara-perkara seperti berikut:
3.1.5. Kehadiran (40 markah)
Aspek kehadiran memberikan markah tertinggi dalam pentaksiran ini, dengan tujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap perjumpaan yang ditetapkan. Bilangan perjumpaan hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12 kali) setahun dengan mengambilkira satu perjumpaan bersamaan tiga (3) jam. Pengecualiaan kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan kokurikulum yang lain dengan kelulusan sekolah dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak Sekolah.
Pada tahun 2022, Markah kehadiran penuh ialah 10/10
3.1.6 Pencapaian (20 markah)
Markah diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam pertandingan yang dilaksanakan di semua peringkat. Pencapaian yang di taksir hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan ketiga, walau bagaimanapun tempat keempat dan kelima diberikan dalam acara individu di peringkat Sekolah. Markah pencapaian murid adalah seperti jadual berikut:
3.2. Ekstra Kurikulum ( 10 markah)
Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samaada Kelab/Persatuan, Pasukan
Badan Beruniform atau Sukan/Permainan. Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu lima (5) elemen seperti berikut:
3.2.1. Perkhidmatan
Elemen jawatan yang disandang oleh murid-murid dalam satu -satu kelab atau persatuan bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Jawatan ini melibatkan pelantikan berdasarkan ciri-ciri kepimpinan seseorang individu. Huraiannya seperti berikut:
Antara perkhidmatan sekolah SMKSJ yang boleh diambil kira dalam ekstrakurikulum ialah Green Ambassador, Book Reviewer PSS. Mereka boleh diberikan setara dengan Perkhidmatan : Ahli-ahli Jawatankuasa Perkhidmatan dan sokongan ( 3 markah).
3.2.2. Anugerah Khas
Pemberian pengiktirafan oleh Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Kesatuan/Persatuan Sukan yang berkaitan aktiviti kokurikulum murid di dalam dan luar kawasan Sekolah. Huraian markah seperti jadual berikut:
3.2.3. Khidmat Masyarakat
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program yang diiktiraf dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada. Aktiviti boleh dilaksanakan berdasar senarai atau secara berulang. Tempoh masanya sekurang-kurangnya 3 jam bagi satu markah. Skor bagi setiap aktiviti yang dijalankan adalah seperti jadual.
3.2.4. Nilam
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) - satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil: 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. :Huraian markah seperti berikut
Pengiktirafan Bintang Tingkatan 1-5
120-239 bacaan = 1 Bintang
240-359 bacaan = 2 Bintang
360-479 bacaan = 3 Bintang
480-599 bacaan = 4 Bintang
600 bacaan keatas = 5 Bintang
Pengiktirafan Bintang T6
48-95 bacaan = 1 Bintang
96-143 bacaan = 2 Bintang
144-191 bacaan = 3 Bintang
192-239 bacaan = 4 Bintang
240 bacaan keatas = 5 Bintang
3.2.5. TIMMS dan PISA
The Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) adalah ujian bagi menguji tahap penguasaan murid sekolah menengah terhadap subjek Sains dan Matematik. Manakala Programme for International Student Assessment (PISA) pula menguji keupayaan dan penguasaan murid juga berkaitan subjek Sains, Matematik dan kemahiran membaca khusus kepada murid-murid berumur 15 tahun ke bawah. Kedua-dua ujian ini diiktiraf sebagai aktiviti kokurikulum, manakala penyertaan dan pencapaian murid ditaksir sebagai markah ekstra kurikulum pada tahun semasa sahaja. Agihan markah adalah seperti berikut:
4. PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR
Pengiktirafan program diberikan kepada semua bahagian yang menganjurkan aktiviti kokurikulum di bawah Sektor Operasi Pendidikan, KPM. Walau bagaimanapun, bagi memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada semua, KPM juga memberi pengiktirafan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak lain. Untuk itu, kelulusan dan pengesahan program perlu diperoleh terlebih dahulu daripada BKK, KPM. Senarai badan-badan yang terlibat dan contoh aktiviti adalah seperti berikut:
4.1. Badan Bukan Kerajaan (NGO):
Contoh: Jambori Antarabangsa Pengakap, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia,
4.2. Kerajaan Negeri:
Contoh: Larian 10K Bandaraya Ipoh, anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak;
4.3. Badan Berkanun;
Contoh: Pertandingan ‘Drum Battle’ dan ‘Colour Guard’ Pasukan Pancaragam, anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
4.4. Badan Amanah;
Contoh: Programme Green Ranger Malaysia, anjuran Yayasan EMKAY
4.5. Syarikat Awam; dan
Contoh: Program Koperasi Sekolah, anjuran ANGKASA
4.6. Syarikat Swasta
Contoh: Kem Remaja TUTOR, anjuran Utusan Malaysia Sdn. Bhd.
5. CARA PENGIRAAN MARKAH
6. CARA PENGIRAAN, GPA, CGPA DAN 10% MARKAH KOKURIKULUM
Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA). Contoh prestasi GPA dan CGPA murid dalam bidang Kokurikulum dalam tempoh persekolahan.
7. GRED PENCAPAIAN