KLINIK SUKAN SEKOLAH 1M1S
PERINGKAT SEKOLAH 2022
PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
OBJEKTIF
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
1. Peserta klinik yang dipilih terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Permainan Tingkatan 1-2. Jika peserta yang dipilih tidak dapat hadir disebabkan oleh alasan yang munasabah maka mana-mana AJK lain boleh mengambil bahagian.
2. Peserta hendaklah menggunakan pakaian PJK.
3. Peserta hendaklah hadir tepat pada masa mengikut jadual.
4. Makanan tengahari akan disediakan.
5. Seorang Peserta terbaik menerima hadiah sebuah trofi. Undian peserta terbaik adalah dibuat oleh ketua guru untuk slot.
6. Semua peserta yang hadir dengan lengkap akan diberi Sijil Penyertaan.
***Tertakluk kepada perubahan.