RENTAS DESA
PENGENALAN
Rentas desa diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada semua murid yang mengganggotai pasukan rumah sukan masing-masing bertanding dan beriadah selaras dengan objektif umum dan khusus kokurikulum sekolah.
MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid sepcara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 murid 1 sukanyang diperkenalkan.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.
2. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid.
3. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
4. Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
5. Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
6. Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
TEMPAT DAN TARIKH
Padang Sekolah pada 10.6. 2023 (Sabtu) 6.45 - 9.30pg
KATEGORI
Rentas desa terbuka kepada semua murid, mengikut tingkatan masing-masing. Setiap rumah sukan boleh menghantar maksimum 5 orang orang peserta lelaki bagi setiap tingkatan 1-5/6 serta 2 orang peserta perempuan T6.
SYARAT UMUM
1. Medal tempat pertama sehingga ke-10 akan disediakan untuk setiap tingkatan dan Pertama sehingga ke-5 untuk perempuan.
2. Peserta wajib memakai singlet rumah sukan dan nombor dipinkan di depan dan belakang.
3. Larian sebanyak 2 kali pusingan besar trek untuk Lelaki T1-5/6 dan sekali pusingan untuk perempuan. Sekali pusingan besar adalah 800M.
4. Ketua rumah sukan sesi pagi mendaftarkan murid sebelum khamis, 8.6. 2023 melalui website KK. Klik Muat Naik/Pendaftaran Rentas Desa 2023.
5. Sila rujuk pada papan notis untuk tugas guru-guru.
6. Trek rentas desa : mengelilingi sekolah mula dari padang. Lakaran trek akan menyusul.
7. Cadangan aturcara : 6.45 – Ketibaan Peserta dan Pegawai serta taklimat peserta, 7.15 – Pelepasan berperingkat mengikut kategori, 8.15 - Penyampaian medal, 8.45 – Tamat.