PENYELARASAN PENILAIAN PAJSK 2023
KEHADIRAN
1. Kehadiran penuh 12/12 diberi selepas mencapai 12 kali perjumpaan kelab/persatuan badan beruniform.
2. Markah diberi mengikut Jadual 11.
3. Satu hari hadir Hari Sukan Sekolah = 1 kali hadir KK untuk SETIAP kelab/persatuan/pbb. Satu hari latihan sukan hadir KK untuk SATU kelab sahaja.
4. Murid dikira hadir KK jika hari yang ianya mewakili sekolah dalam pertandingan bertembung dengan masa KK. contohnya MSSM, Choral dll.
5. Murid yang bertukar kelab secara sah [diluluskan pengetua], kehadiran kelab lama boleh dikira dalam kelab baharu dalam bidang sama.
6. Kehadiran KK tidak diambil kira jika :
6.1 Murid menyertai latihan di sekolah dibawah penjadualan guru sendiri.
6.2 Murid membuat latihan sendiri dibawah jurulatih luar kecuali kes khas yang diluluskan Pengetua. [cth: memanah, menembak, berbasikal, boling, sports dance, ping pong dll]
6.3 Murid menyertai latihan rumah sukan.
JAWATAN
1. Markah ahli hanya diberikan kepada murid yang hadir sekurang-kurangnya sekali.
2. Markah ahli aktif hanya boleh diberikan kepada murid yang hadir 6 hari atau lebih untuk ahli persatuan/kelab/sukan/uniform.
3. Markah AJK hanya boleh diberikan kepada AJK kelab sepanjang tahun [sekurang-kurangnya 9 bulan]. AJK kerja/pertandingan/kecil yang bersifat sementara tidak boleh diberi.
PENGLIBATAN
1. Jika murid mendapat banyak markah tinggi dalam penglibatan sukan, markah ini tidak boleh diambil kira dalam kelab/persatuan. Sebagai Contoh : Murid A mewakili bahagian Kuching dan Sarawak dalam bolasepak. Markah tertinggi penglibatan ialah 17 (kebangsaan). Markah ini hanya boleh digunakan dalam bola sepak. Markah 14 (Negeri) tidak boleh dipindah untuk kegunaan kelab geografi. Hal ini juga diguna pakai dalam pengiraan pencapaian. Markah 17 boleh digunakan dalam kelab lain jika murid A tidak menyertai KK Sukan.
2. Penglibatan peringkat daerah dan keatas sahaja diambil kira.
3. Jika murid tidak pernah hadir [ahli halimunan], tiada markah untuk penglibatan.
PENCAPAIAN
1. Jika murid mendapat banyak markah tinggi hasil pencapaian dalam sukan, markah ini tidak boleh diambil kira dalam kelab/persatuan. Sebagai Contoh : Murid A menang Johan bahagian Kuching [11 markah] dan Johan peringkat Negeri Sarawak [14 markah] dalam bolasepak. Markah tertinggi iiaitu 14 hanya boleh digunakan dalam bola sepak. Markah 11 tidak boleh dipindah untuk kegunaan kelab geografi. Markah 14 boleh digunakan dalam kelab jika murid A tidak menyertai KK Sukan.
2. Pencapaian dari pertandingan yang dianjurkan kelab berbentuk terbuka kepada murid lain boleh diambil kira [cth, Ahmad seorang ahli kelab sepak takraw,menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan kelab futsal sekolah. Pencapaiannya dalam pertandingan tersebut boleh diambil kira dalam pencapaian kelab sepak takraw].
3. Pencapaian dari pertandingan luar [tidak berkaitan dengan kelab] boleh menumpang dimana-mana kelab yang difikirkan sesuai. Contohnya: robotic, choral, F1, Solar Car, EEC, drama, Olympiad, Mighty Minds, Mooting, AeroAngkasa DLL
4. Pencapaian pungutan pingat hari sukan hanya boleh menumpang dalam kelab sukan sahaja. Jika murid tidak menyertai kelab sukan, pungutan pingat boleh dikira dalam satu kelab/persatuan lain.
5. Pencapaian peringkat sekolah sehingga tempat ke-5 diambil kira.
UMUM
1. Murid berpindah masuk tidak membawa maklumat kk. Usahakan mendapatkan markah dari sekolah lama oleh murid. Markah 0 untuk CGPA tahun sebelumnya jika gagal mendapatkan CGPA. Formula pengiraan CGPA tahun semasa = [0+GPA]/2.
2. Semua murid WAJIB mendaftar 3 bidang kokurikulum iaitu Kelab/Persatuan, Sukan/Permaianan dan Pasukan Badan Beruniform. Pendaftaran baharu hanya dibuat sekali semasa Tingkatan 1. Murid dibenarkan menukar kelab yang disertaikan pada tahun lalu sekiranya memberikan alasan yang kukuh. Pendaftaran dilakukan oleh Guru Kelas pada Minggu KK1 (Minggu Kikurikulum).
3. Murid hanya mengambil 1 bidang. GPA masih dibahagi 2.
4. Semua markah akhir hendaklah dalam 2 tempat perpuluhan [2 decimal point]
T6
1. Murid Tingkatan 6 ATAS penilaian adalah mengikut sistem baharu dengan mengambil kira Projek.