En. Mohammad Yahya Bin Sapiee
(Menyelia: Isnin)
Cik Chatina Anak Kueh
(Menyelia: Khamis)
En. Cosmas Freddie Anak Desmond Andrin
(Menyelia: Selasa)
PKK Menyelia aktiviti Hari Jumaat & Sabtu)
Klik Pada "Drop-down" untuk Senarai Guru-Guru
SENARAI TUGAS PENYELARAS UNIT-UNIT KOKURIKULUM
1. Mengatur dan menyelia perjalanan unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk memasuki unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan perlembagaan dan minit mesyuarat agung setiap unit direkod serta difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
8. Mengurus buku/kad kokurikulum:
a. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua murid.
b. Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik GPK Kokurikulum
9. Menyediakan borang/buku/fail yang diperlukan untuk aktiviti:
a. Borang memasuki unit-unit kokurikulum
b. Borang senarai AJK dan ahli.
c. Buku laporan/fail kegiatan
d. Fail-fail yang diperlukan.
10. Mengumpulkan perancangan aktiviti tahunan unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan untuk rujukan, rekod dan edaran pada awal tahun.
11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku/fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
13. Melaksanakan pentaksiran kokurikulum.
14. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.