PERKARA BERBANGKIT MARKAH KOKURIKULUM-
TAFSIRAN PERINGKAT AKTIVITI
Tafsiran Aktiviti Peringkat ANTARABANGSA:
1. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kebenaran dan kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM
2. Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan
(NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK serta Bahagian Dasar Hubungan Antarabangsa
(BDHA), KPM.
3 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar negara yang diurus sepenuhnya oleh BKK, KPM melalui tapisan BDHA, KPM.
4. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan BKK, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran BDHA, KPM.
5. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
6. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. (Aktiviti SBP, Kluster dan Kecemerlangan, MARA, SM Teknik/Vokasional, Bhg Sekolah Harian, Bhg. Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Swasta)
Tafsiran Aktiviti Peringkat KEBANGSAAN:
1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK, KPM.
2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK, KPM. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri). Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dan berulang dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa.
3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK, KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.
4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja. (Aktiviti SBP, Kluster dan Kecemerlangan, MARA, SM Teknik/Vokasional, Bhg Sekolah Harian, Bhg. Pendidikan Islam)
Tafsiran Aktiviti Peringkat NEGERI:
1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan Pedidikan Negeri (JPN).
2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah, JPN. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3 buah sekolah bagi setiap daerah). Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dan berulang dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.
3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah, JPN. Kos program ditanggung oleh sekolah berkenaan.
4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
Tafsiran Aktiviti Peringkat DAERAH:
1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada PPD. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan PPD adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.
4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.