LAMAN WEB EKSA PTSS

APA ITU EKSA

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif dengan mewujudkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diperkenalkan oleh MAMPU.

Langkah penjenamaan semula ini masih berteraskan 5S dengan menitikberatkan imej sektor awam, mengalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persiktaran yang kondusif dan berteknologi hijau melalui aktiviti-aktiviti Go Green. Penjenamaan semula Amalan 5S dibuat melalui penambahbaikan lima (5) elemen baharu bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

 Antara lima elemen baharu ialah:-


1.Imej Korporat;

2.Kreativiti dan Inovasi;

3.Amalan Hijau

4.Persekitaran Kondusif; dan

5.Kepelbagaian Agensi.

Penjenamaan semula Amalan 5S sesuai serta seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya saing PTSS disamping memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga PTSS. 

Objektif penjenamaan semula EKSA adalah untuk :


1.Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;

2.Meningkat kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;

3.Mengenalpasti, mengurang & menghapuskan pembaziran;

4.Meningkatkan semangat esprit de corp,

5.Meningkatkan disiplin warga jabatan, dan

6.Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

Bermula pada tahun 2020, PTSS mula mengorak langkah untuk memulakan usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan EKSA. Skop pelaksanaan EKSA di PTSS  meliputi keseluruhan kampus yang telah dibangunkan kecuali kuarters warden dan staf dan tanah PTSS yang tidak dibangunkan.