AKTIVITI EKSA

TAHUN 2023

LAWATAN PENANDARASAN KOLEJ VOKASIONAL KANGAR KE JABATAN PERDAGANGAN  PADA 1 DISEMBER 2023

Pada 1 Disember 2023 seramai 8 orang pensyarah dari Kolej Vokasional Kangar telah datang ke Jabatan Perdagangan PTSS bagi lawatan penanda aras bagi melihat amalan EKSA, Inovasi dan Dokumen Pematuhan Akreditasi Penuh Program (MQA04) di Jabatan Perdagangan.

Pn Jamilah Hussain selaku penyelaras EKSA di Jabatan Perdagangan telah berkongsi amalan EKSA yang telah dilaksanakan di Jabatan Perdagangan. Semoga perkongsian amalan EKSA ini dapat memberi input positif kepada Kolej Vokasional Kangar yang turut masih dalam proses untuk mendapatkan persijilan EKSA dari MAMPU.

MESYUARAT PENUTUP AUDIT EKSA PADA 18 OGOS 2023

Mesyuarat Penutupan Audit EKSA PTSS telah diadakan pada 18 Ogos 2023 bagi membentangkan dapatan audit EKSA yang telah diadakan pada 31 Julai hingga 4 Ogos 2023. Audit EKSA tersebut telah berjaya dilaksanakan terhadap 12 Zon EKSA PTSS dan melibatkan seramai 45 orang juruaudit yang telah dipilih. Setiap Zon yang telah diaudit telah diberi masa 3 hari bagi menjawap penemuan EKSA bagi penambahbaikan. Permarkahan audit telah diberikan sebelum penambahbaikan dan selepas penambahbaikan dilaksanakan. Untuk audit pada kali ini markah keseluruhan adalah 77%. 


TAHNIAH KEPADA ZON EKSA PTSS TERBAIK 2023

JOHAN

ZON AD RAZI

TEMPAT KE 2

ZON AD DARIMI

TEMPAT KE 3

ZON AL BIRUNI

Sebanyak 12 zon telah diaudit dan melibatkan 45 orang auditor EKSA terlibat dalam audit EKSA yang telah berjalan pada 31 Julai hingga 4 Ogos 2023. Hasil dari audit tersebut pemilihan Zon EKSA PTSS telah dipilih untuk dinobatkan sebagai ZON EKSA PTSS TERBAIK. Pemilihan ini dibuat sebagai satu pengiktirafan bagi zon yang terpilih agar menjadi contoh kepada zon yang lain dan seterusnya diharap dapat memberi motivasi dan perangsang kepada zon lain untuk meningkatkan lagi usaha menjadikan zon masing-masing sebagai satu zon yang kondusif.

Penyampaian sijil telah disempurnakan  oleh Tuan Pengarah PTSS, En Abdul Malek bin Hassan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Norlili Juwita binti Arshad, Timbalan Pengarah Akademik dan Encik Mazrul  Hisyam bin Mat Ali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan semua Ketua Jabatan dan Ketua Zon.

Berikut adalah senarai nama pemenang. Tahniah kepada semua pemenang.

Pemenang Pertandingan Zon EKSA Terbaik 2023:

Tempat PERTAMA : Zon Ad Razi

Ketua Zon         : Encik Shaffie bin Husin 


Tempat KEDUA         : Zon Ad Darimi 

Ketua Zon         : Ts. Ahmad Zawawi bin Zulkifli


Tempat KETIGA         :  Zon Al Biruni 

Ketua Zon         : Encik Yusdi bin Ismail


GOTONG ROYONG PERDANA EKSA  PTSS  PADA 12 JULAI 2023

Gotong Royong Perdana EKSA  EKSA PTSS telah diadakan pada 12 Julai 2023 telah diadakan oleh Jawatankuasa EKSA PTSS agar semua zon dapat bersedia sepenuhnya dalam melaksanakan EKSA di PTSS. Gotong royong kali ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang oleh setiap ZON kerana semua komponen yang akan diaudit telah diperincikan dalam bengkel yang telah dibuat sebelumnya.  Semua zon telah dimaklumakan satu audit EKSA akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas program gotong royong dilaksanakan. Diharapakan program ini mendapat komitmen dari semua warga PTSS. 

LAPORAN GOTONG ROYONG EKSA PTSS

BENGKEL PELAKSANAAN EKSA PTSS  PADA 4 JULAI 2023

Bengkel Pelaksanan EKSA PTSS telah diadakan pada 4 Julai 2023 bagi menepati hasrat pihak pengurusan PTSS yang mahukan ilmu pengetahuan berkenaan EKSA disebarluaskan kepada semua Ketua Zon, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Juruaudit EKSA PTSS. Bengkel kali ini melibatkan 53 orang peserta. Program ini dijalankan menggunakan kaedah bengkel secara dalaman bagi memantapkan pengurusan dan memahiran juruaudit dalam pelaksanaan EKSA PTSS. Bengkel ini telah dikendalikkan secara teori oleh Encik Azrul Nizam bin Abdul Aziz dengan menerangkan tentang EKSA dan komponen-komponen yang akan diaudit manakala sesi praktikal dikendalikan secara berkumpulan bersama Ketua Zon, Ketua Jabatan dan Ketua Unit bersama-sama dengan Juruaudit dalaman yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. Sesi praktikal ini dibuat bagi memastikan kompenan-komponen yang diaudit telah diperhalusi dan dipersetujui oleh Ketua Zon dan Juruaudit tersebut.

MESYUARAT JAWATAKUASA PELAKSANA EKSA PTSS PADA 13 JUN 2023

Mesyuarat JK Induk Pelaksana EKSA PTSS telah dilaksanakan pada 13 Jun 2023 di Bilik Kaca  PTSS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Jamilah Hussain dan turur hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penasihat EKSA PTSS yang baru iaitu Encik Mazrul Hisyam bin Mat Ali . Mesyuarat diteruskan dengan makluman tentang aktiviti-aktiviti  yang dirancang oleh Penyelaras EKSA PTSS, En Azrul Nizam bin Abdul Aziz untuk dilaksanakan selepas peperiksaan akhir pelajar.  Antara aktiviti yang akan dirancang pada bulan Julai hingga Ogos 2023 adalah Bengkel dengan semua Ketua Zon dan AJK yang terlibat dan diteruskan dengan Gotong Royong dan Audit EKSA.

Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bagi mengerakkan aktiviti EKSA dan beberapa cadangan telah diusul kan kepada Penasihat EKSA untuk mempertimbangkan beberapa perkara dalam memantapkan lagi usaha dan pelaksanaan EKSA setiap zon.

BENGKEL JURUAUDIT EKSA PADA 10 MEI 2023

Kursus Juruaudit EKSA telah berlangsung di Bilik  Sri Patawali di Pauh Inn pada 10 Mei 2023. Semua juruaudit EKSA yang telah dilantik telah telah hadir. Kursus Juruaudit EKSA telah disampaikan oleh Champion EKSA yang telah dilantik oleh pihak MAMPU iaitu Ts. Zahari Bin Md Zin dari Institut Latihan Perindustrian Kepada Batas dan Encik Raja Muhammed bin Raja Daun Timbalan Pengrah Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Kursus yang diadakan selama 1 hari tersebut meliputi tentang penerangan tentang komponen-komponen audit EKSA dari Komponen A-F. Pada sebelah petangnya peserta kursus telah di bawa lawatan ke Jabatan Perlancongan dan Hospitaliti , Unit ICT dan Pauh Inn untuk meninjau kawasan tersebut dalam mempraktikkan kaedah dan cara mengaudit yang betul.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manafaat kepada semua peserta dan seterusnya dapat meneruskan usaha kearah pencapaian status mendapatkan pengiktirafan EKSA oleh pihak MAMPU.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PTSS BIL.1/2023 

PADA 21 JANUARI 2023

Mesyuarat JK Induk EKSA PTSS Bil 1/2023 telah dilaksanakan pada 21 Januari 2023 di Bilik Persidangan PTSS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Jamilah Hussain selaku Pengerusi EKSA PTSS. Mesyuarat diteruskan dengan taklimat dan makluman yang disampaikan oleh Penyelaras EKSA PTSS, En Azrul Nizam bin Abdul Aziz. Dalam mesyuarat tersebut diterangkan tentang komponen-komponen yang perlu ada dalam EKSA bagi setiap zon dan semua Ketua Zon digesa untuk mengerakkan dan menanamkan budaya EKSA di zon masing-masing.

Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bagi mengerakkan aktiviti EKSA dan setiap zon diminta untuk menyediakan kertas kerja bagi membuat permohonan bagi aktiviti-aktiviti yang dirancang diperingkat zon masing-masing. Pengerusi menegaskan agar semua pihak memainkan peranan dalam menjayakan EKSA di PTSS.

BENGKEL PENYEDIAAN TOWS SWOT DAN PELAN TINDAKAN EKSA PADA 3 JANUARI 2023

Pada 3 Januari 2023, Bengkel penyediaan TOWS SWOTS dan Pelan Tindakan EKSA telah dibuat di Bilik Persembahan, Jabatan Perdagangan. Penyediaan dokumen tersebut telah dibuat bersama-sama dengan Ketua Penyelaras Smartgreen, Pn Nurolhuda binti Mohd Noor  dan Ketua Penyelaras Lean Management, Dr Norzianis binti Rezali. Turut hadir bersama membantu dalam bengkel tersebut adalah Pn Jamilah binti Hussain. Dalam bengkel tersebut hasil kerja telah disemak oleh Pn Nor Azira binti Md Yusof yang bertanggungjawab menguruskan Pelan Strategik PTSS.

Alhamdulliah hasil atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Pn Nor Azira, Pelan Ptrategik 2023 bagi JK EKSA, Lean Management dan Smartgreen telah berjaya disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.