MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PTSS BIL.1 PADA 04 MAC 2025
Pada 04 Mac 2025, bertempat di Bilik Persidangan PTSS, Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA PTSS Bil.1 Bagi Tahun 2025 telah diadakan serta telah dipengerusikan oleh Penasihat EKSA PTSS iaitu En. Muhammad Khairul Ezad bin Sulaiman yang juga merupakan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PTSS. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pengerusi EKSA, Pn Jamilah Hussain, Penyelaras EKSA , En Azrul Nizam bin Abdul Aziz dan semua jawatankuasa induk EKSA PTSS 2025.
Dalam mesyuarat tersebut, En. Azrul Nizam telah membentangkan penemuan dan dapatan Audit Dalam EKSA bagi tahun 2024 kepada semua ahji jawatankuasa dan tindakan pembetulan yang perlu diambil pada masa hadapan. Turut dibincangkan adalah berkenaan tarikh-tarikh perancangan perlaksanaan EKSA pada tahun 2025 ini serta status perlaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan oleh semua zon EKSA di PTSS.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PTSS BIL.2 PADA 29 JULAI 2025
Pada 29 Julai 2025, bertempat di Bilik Persidangan PTSS, Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA PTSS Bil.2 Bagi Tahun 2025 telah diadakan serta telah dipengerusikan oleh Pengerusi EKSA PTSS, Pn. Jamilah Binti Hussain. Turut serta ialah Penyelaras EKSA PTSS iaitu En. Azrul Nizam bin Abdul Aziz dan semua ahli jawatankuasa induk EKSA PTSS 2025.
Dalam mesyuarat tersebut, En. Azrul Nizam telah membentangkan cadangan tarikh bagi pelaksanaan Gotong Royong EKSA 2025 yang akan melibatkan semua zon EKSA di PTSS. En. Azrul Nizam juga telah menetapkan cadangan tarikh peraksanaan Bengkel Audit Dalam EKSA kepada semua Juruaudit Dalam EKSA PTSS serta cadangan Tarikh pelaksanaan Audit Dalam EKSA di PTSS bagi tahun 2025.
Turut dibincangkan adalah jenis kategori yang akan dinilai sewaktu pelaksanaan Audit Dalam EKSA serta sesi soal jawab bersama semua Ketua Zon EKSA kearah persediaan bagi melaksanakan Gotong Royong dan Audit Dalam EKSA di setiap zon EKSA masing-masing nanti.
BENGKEL JURUAUDIT DALAMAN EKSA PTSS PADA 10 SEPTEMBER 2025
Pada 10 September 2025, bertempat di Bilik Pembentangan, Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UIDM) PTSS, satu Bengkel Juruaudit Dalaman EKSA PTSS bagi tahun 2025 telah diadakan secara dalaman dan telah dirasmikan oleh Puan Timbalan Pengarah Akademik PTSS iaitu Dr. Isyati Binti Suparman. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pengauditan dalam EKSA yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2025 nanti serta bagi meningkatkan dan memperkukuhkan lagi kefahaman berkenaan item-item penilaian serta rubrik audit dalaman EKSA kepada semua juruaudit dalam EKSA. Penceramah bagi bengkel tersebut adalah Ketua Juruaudit Dalam EKSA PTSS iaitu Pn Ts Noor Laila Binti Ashari serta dibantu oleh Penyelaras EKSA PTSS iaitu En. Azrul Nizam Bin Abdul Aziz.
GOTONG ROYONG EKSA PTSS 2025
Selaras dengan hasrat pihak pengurusan PTSS bagi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, ceria dan selamat, maka Jawatankasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTSS dengan ini telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana EKSA yang telah melibatkan semua staf PTSS yang terdapat di 13 Zon EKSA yang telah diwujudkan di PTSS. Program gotong royong perdana ini adalah antara kaedah dan usaha yang dilakukan oleh pihak Jawatankuasa EKSA PTSS kearah membantu mencapai persijilan EKSA di samping bagi mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, menarik dan selamat di PTSS. Berikut adalah maklumat pelaksanaan program Gotong Royong Perdana EKSA PTSS 2025:
Tarikh : 29 September – 03 Oktober 2025 | Isnin - Jumaat
Tempoh : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Zon – Zon EKSA di PTSS