GARIS PANDUAN EKSA

GARIS PANDUAN EKSA

TUJUAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN EKSA

Panduan perlaksanaan EKSA ini merupakan rujukan bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun di sektor awam khususnya. EKSA diharapkan akan meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan agensi kerajaan lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Inisiatif menerbitkan Panduan Pelaksanaan EKSA ini secara langsung menyokong usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dalam kalangan agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan budaya kerja positif. Pendekatan baharu EKSA membuktikan bahawa usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif ini bersifat holistik merentasi lokaliti dan skop perkhidmatan agensi. 

Panduan Pelaksanaan EKSA ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk ‘merakyatkan perkhidmatan’ secara total melalui pengurusan persekitaran pejabat yang mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan. Ianya juga dapat membantu institusi merancang dan melaksanakan usaha-usaha meningkatkan imej korporat secara positif, menggalakkan pembudayaan amalan hijau, menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi, menghasilkan persekitaran tempat kerja yang selesa dan memenuhi keperluan agensi kerajaan yang pelbagai. 

PELAKSANAAN  EKSA

Pelaksanaan EKSA di PTSS dirancang dengan teliti bagi memastikan EKSA dapat dijalankan dengan berjaya. Kejayaan amalan ini memerlukan komitmen dan kerjasama pihak pengurusan atasan dan semua warga kerja PTSS. Pelaksanaan EKSA di PTSS melalui peringkat-peringkat yang berikut:-

Selaras dengan itu perlaksanaan EKSA yang diamalkan oleh PTSS adalah berpandukan amalan 5S. Amalan 5S merupakan inisiatif yang berkesan dalam usaha menerapkan budaya penambahbaikan dalam kalangan warga PTSS. Amalan 5S adalah merujuk kepada singkatan perkataan Bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal)


KRITERIA EKSA YANG AKAN DIAUDIT

2. KRITERIA EKSA KHUSUS (KOMPONEN F)   

CONTOH AMALAN BAIK EKSA

PERSIJILAN EKSA