AKTIVITI EKSA

TAHUN 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH GOTONG ROYONG PERDANA EKSA PTSS 2022 PADA 28 SEPTEMBER 2022

Pada 28 September 2022 iaitu pada hari Rabu dan bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), telah berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Zon EKSA Terbaik dan Pertandingan Workstation EKSA terbaik. Pertandingan Zon EKSA terbaik dan Pertandingan Workstation EKSA terbaik telah diadakan pada 08 Ogos 2022 iaitu bersempena dengan Program Gotong Royong Perdana EKSA bagi tahun 2022.  

Pemenang Pertandingan Zon EKSA Terbaik:

Tempat PERTAMA : Zon Al Biruni 

Ketua Zon         : Encik Yusdi bin Ismail


Tempat KEDUA         : Zon Ad Darimi 

Ketua Zon         : Ts. Ahmad Zawawi bin Zulkifli


Tempat KETIGA         : Zon Ibnu Batutah 

Ketua Zon         : Puan Norhafizah binti Mokhtar

Tempat PERTAMA: Zon Al Biruni 

Tempat KEDUA: Zon Ad Darimi 

Tempat KETIGA : Zon Ibnu Batutah 

Pemenang Pertandingan Workstation EKSA Terbaik

Tempat PERTAMA : Puan Nafisah binti Abdullah (Zon Ar Razi) 

Tempat KEDUA : Puan Nurul Khairunnisa binti Su (Zon Ad Darimi) 

Tempat KETIGA : Puan Laila binti Musa (Zon Ibnu Qaiyyim) 

Tempat PERTAMA: Zon Al  Razi

Tempat KEDUA: Zon Ad Darimi 

Tempat KETIGA : Zon Ibnu Qaiyyim

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA 2022 PADA 4 OGOS 2022 

Pada 04 Ogos 2022 iaitu pada hari Khamis, buat pertama kalinya Jawatankuasa EKSA Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana EKSA yang melibatkan semua 12 Zon EKSA yang terdapat di dalam kampus PTSS. Semua 12 Zon EKSA yang terdapat di PTSS iaitu Ketua Zon Batutah, Zon Ibnu Khaldun, Zon Al Biruni, Zon Ibnu Qayyim, Zon Ad Darimi, Zon Ibnu Sina, Zon Al Khawarizmi, Zon Al Razi, Zon Ibnu Bajjah, Zon Ibnu Tufail, Zon Al Farabi dan Zon Ibnu Haitham telah terlibat menjalankan program gotomg royong perdana EKSA ini di bawah seliaan Ketua zon masing-masing.Pertandingan Zon EKSA Terbaik serta Pertandingan Workstation EKSA Terbaik turut sama diadakan. Setiap zon akan dinilai oleh Juruaudit Dalam EKSA bagi menentukan pemenang bagi kategori masing-masing.


     Impak Gotong Royong:

a) Program gotong royong perdana EKSA ini dilihat dapat menyokong usaha PTSS ke arah Pensijilan EKSA.

b) Mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, ceria serta bersih dalam meningkatkan produktiviti dan mutu         perkhidmatan secara berterusan.

c) Melahirkan semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu program serta mewujudkan                     tempat kerja yang kondusif, teratur, bersih dan kemas.

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDITOR EKSA PADA 8 OGOS 2022

Mesyuarat JK Auditor EKSA PTSS Bil 1/2022 telah dilaksanakan pada 8 Ogos  2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi EKSA, Pn Jamilah Hussain. Dalam mesyuarat tersebut Pn Jamilah telah menerangkan tentang komponen A, B, C, D, E dan F yang meliputi zon-zon yang akan diaudit.

Ketua Penyelaras EKSA PTSS, En Azrul Nizam bin Abd Aziz telah membentangkan tentang item-item dalam komponen audit dan menunjukkan kaedah pengauditan. Audit EKSA akan dilaksanakan pada 15-19 Ogos 2022. Pn Isyati selaku Ketua Audit EKSA turut membentangkan pembahagian auditor dan zon serta kaedah pelaporan yang perlu dihantar kepada ketua audit setelah proses audit dilaksanakan. 

LAWATAN PENANDARASAN KE INSTITUT AMINUDIN BAKI DI JITRA PADA 2 OGOS 2022

Lawatan penandarasan EKSA telah dilaksanakan pada 2 Ogos  2022 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi EKSA, Pn Jamilah Hussain. Seramai 15 orang ahli jawatankuasa EKSA hadir dalam lawatan tersebut yang terdiri dari JK Induk Perlaksanaan EKSA dan Ketua-ketua Zon. Kehadiran jawatankuasa EKSA dari PTSS telah disambut oleh Timbalan Pengarah IAB, Hj Fauzi bin Saad.

Pengerusi EKSA IAB, Encik Khairul Badri bin Ahmad  telah memberi taklimat tentang pelaksanaan EKSA di IAB dan seterusnya membawa semua peserta melawat bangunan dan menunjukkan amalan baik EKSA yang telah dilaksanakan oleh IAB. Diharapkan semoga lawatan ini dapat memberi idea dalam melaksanakan EKSA di PTSS.



MESYUARAT JK PERLAKSANA EKSA PTSS PADA 18 JULAI 2022

Mesyuarat JK Perlaksana EKSA PTSS Bil 2/2022 telah dilaksanakan pada 18 Julai 2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, En Abdul Malek bin Hassan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah JK Induk dan Ketua-Ketua Zon.

Ketua Penyelaras EKSA PTSS, En Azrul Nizam bin Abd Aziz telah membentangkan beberapa aktiviti yang telah dirancang iaitu Lawatan Penandaarasan ke Institut Aminudin Baki dan Gotong Royong Perdana yang akan dilaksanakan pada 4 Ogos 2022. Tuan pengarah telah memberikan mandat kepada semua Ketua Zon agar dapat memberikan komitmen bagi memastikan kejayaan pelaksaanaan EKSA di PTSS. 

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PADA 1 JULAI 2022

Mesyuarat JK Induk EKSA PTSS  telah dilaksanakan pada 1 Julai 2022 di Bilik Pentadbiran. Semua JK Induk EKSA telah hadir dan mesyuarat dipengerusikan oleh Penasihat EKSA PTSS iaitu En Rosnizam bin Kamis. Banyak perkara-perkara yang dibincangkan oleh ahli jawatankuasa dalam merancang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pelajar PTSS sedang cuti semester. Justeru itu semasa cuti semeseter ini beberapa perancangan akan dibuat dalam usaha untuk mengerakkan pelaksanaan EKSA di PTSS.


BENGKEL AUDITOR EKSA PADA 19 MEI 2022

Kursus Juruaudit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah  diadakan pada 19 Mei 2022 di Bilik Seminar Seri Kantan. Seramai 22 orang staff PTSS telah dijemput bagi mengikuti kursus tersebut.. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Champion EKSA, Encik Khairul Badri bin Ahmad dari Institut Aminuddin Baki Jitra Kedah. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu diharap memberi manafaat dan ilmu untuk mengerakkan pelaksanaan audit EKSA di PTSS.

Dapatan keberkesanan kursus tersebut adalah seperti berikut: