AKTIVITI EKSA TAHUN 2020

TAKLIMAT DAN MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PADA 1 OKTOBER 2020

Satu majlis taklimat tentang tugas-tugas EKSA, Poly Green dan Lean Management telah diadakan pada 1 Oktober 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah. Taklimat di sampaikan oleh Pn Laila Musa mantan penyelaras Poly Green dan Lean Management.

Majlis tersebut juga turut di hadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Rosnizam bin Kamis dan Ketua Penyelaras LEAN, POLY GREEN & EKSA PTSS, En Abdul Mutalib bin Abdul Majid. Dalam perjumpaan tersebut juga telah dibuat majlis penyerahan tugas oleh Pn Laila Musa kepada En Muhammad Firdaus bin Che Radzi selaku Ketua Penyelaras Poly Green dan Puan Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor.

EKSA merupakan tugas baharu yang bertujuaan mendapatkan pengiktirafan dari pihak MAMPU telah diserahkan kepada Pn Jamilah binti Hussain selaku Ketua Penyelaras EKSA PTSS.

Penyerahan tugas oleh Pn Laila binti Musa kepada Ketua Penyelaras Poly Green PTSS yang baharu, Encik Muhammad Firdaus bin Che Radzi dan Ketua Penyelaras Lean Management yang baharu iaitu Puan Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor

MESYUARAT & TAKLIMAT AJK EKSA PTSS PADA 10 OKTOBER 2020

Bertempat di Bilik Mesyuarat PTSS satu sesi taklimat dan mesyuarat AJK EKSA Bil 1/2020 telah diadakan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Penasihat EKSA, En Rosnizam bin Kamis dan turut dihadiri oleh Pengerusi EKSA iaitu Encik Abdul Mutalib bin Abdul Majid.

Taklimat berkenaan EKSA berkaitan dengan perancangan aktiviti dan agihan tugas telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Pn Jamilah binti Hussain.

TPSA mempengerusikan mesyuarat EKSA

Ahli Jawatankuasa EKSA PTSS yang baru dilantik

ANUGERAH PROJEK MAMPAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) OLEH JK INOVASI POLYGREEN PADA 23 OKTOBER 2020

Program Anugerah Projek Mampan JPPKK (POLYCC) telah berlangsung pada 20-23 Oktober 2020. Pertandingan ini dilaksanakan secara ZOOM Webinar dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. PTSS telah menghantar 5 penyertaan untuk dipertandingkan. Kesemua penyertaan yang dihantar telah dianugerahkan sebagai projek mampan peringkat MALAYSIA. Tahniah kepada peserta.

Berikut adalah nama projek dan anugerah yang diberikan kepada PTSS :

Kategori Tajuk Projek :

“ Project of the Year ”

1•Intelligent Certificate (iCERT)

2•Easy To Sanitize (E2S)

“ Sustainability Leadership ”

1•Sistem Rekod Saringan Kesihatan Pelajar(SarKes)

“ Fundamental Award ”

1•Guest House IOT KeyBox

“ Upskills ’

1•Kursus Professional Halal Executive Program PTSS


5 penyertaan telah dihantar oleh PTSS

Peserta dari PTSS yang sedang bersedia di final stage pitching.

PERTANDINGAN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK OLEH JK INOVASI POLYGREEN PADA 26 OKTOBER 2020

Pada 26 Oktober 2020 satu program Jabatan Alam Sekitar telah membuat pertandingan pengumpulan buangan elektrik dan elektronik peringkat Negeri Perlis. Semua warga PTSS telah dimaklumkan tentang pertandingan ini dan digalakkan untuk mengumpul buangan elektrik dan elektronik dan pengumpulan akan dibuat pada 26 Oktober 2020.

Kutipan semua bahan buangan eletrik dan elektronik yang terkumpulan telah terjual sebanyak RM553.80. Tahniah kepada warga PTSS sebagai satu langkah bijak kerana menyisih barangan tidak terpakai dan ia sebagai satu tindakan awal ke arah perlaksanaan EKSA di PTSS.

PTSS juga telah mendapat tempat pertama bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi dan telah menerima wang tunai sebanyak RM2000. Tahniah kepada pemenang. Ke arah Green Technology.

Flyer berkenaan dengan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik

PTSS telah mendapat tempat pertama bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi

Pengumpulan buangan elektrik dan elektroknik yang dikumpulkan oleh warga PTSS

Para pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan

MALAYSIAN POLYTHENIC SUSTANAINABILITY AWARD 2020 (MPSustAward2020) OLEH JK INOVASI POLY GREEN PADA 3 NOVEMBER 2020

MALAYSIAN POLYTECHNIC SUSTAINABILITY AWARD 2020 (MPSustAward2020) berlangsung Politeknik Mersing pada 03 November 2020. Pada majlis tersebut juga Hajah Rashidah Mustapa telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dan juga penerima anugerah bagi pelbagai kategori pertandinagn Green Sustainability peringkat Politeknik Malaysia. Tahniah kepada PTSS kerana telah melaksanakan Polygreen mengikut blue print POLIGREEN 2015 hingga 2020.

Sijil Anugerah yang telah diterima oleh PTSS

Ketua Penyelaras Poly Green PTSS, En Muhammad Firdaus bin Che Radzi menerima sijil anugerah

KURSUS KESEDARAN EKSA PTSS OLEH JK LATIHAN PADA 11 NOVEMBER 2020

Kursus kesedaran EKSA telah diadakan kepada semua Ketua Unit, Ketua Jabatan dan AJK EKSA pada 11 November 2020. Bertempat di Paun Inn seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Champion EKSA, Encik Khairul Badri bin Ahmad dari Institut Aminuddin Baki Jitra Kedah. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu diharap memberi manafaat dan ilmu untuk mengerakkan pelaksanaan EKSA di PTSS.

Kursus sedang disampaikan oleh Encik Khairul Badri bin Ahmad selaku Fasitator EKSA PTSS

PENYERAHAN BANTING EKSA KEPADA UNIT & JABATAN OLEH JK PROMOSI PADA 11 NOVEMBER 2020.

Satu majlis penyerahan banting kepada semua Ketua Unit dan Ketua Jabatan di PTSS telah dilaksanakan pada 11 November 2020. Sebanyak 40 unit banting telah disediakan untuk diserahkan sebanyak 2 unit bagi setiap unit dan jabatan. Ianya merupakan usaha awal promosi tentang EKSA di unit dan jabatan di PTSS.

Simbolik penyerahan banting oleh Fasilitator EKSA PTSS, En Khairul Badri bin Ahmad kepada Penasihat EKSA PTSS, Encik Rosnizam bin Kamis.