BENGKEL JURUAUDIT DALAMAN EKSA PTSS PADA 31 JULAI 2024
Pada 31 Julai 2024, bertempat di Pauh Inn PTSS satu Bengkel Juruaudit Dalaman EKSA PTSS telah diadakan secara dalaman. Bengkel ini bertujuan memberi maklumat tentang pengauditan EKSA dan penyelerasan kefahaman dan input kepada semua juruaudit EKSA. Penceramah bagi bengkel tersebut adalah Ketua Juruaudit EKSA, Pn Ts Noor Laila Binti Ashari. Dalam bengkel tersebut telah dibentangkan laporan audit EKSA yang lepas untuk menunjukkan contoh laporan Audit EKSA yang telah dilaksanakan. Semua komponen yang diaudit telah diterangkan kepada juruaudit.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PTSS PADA 18 JULAI 2024
Pada 18 Julai 2024, bertempat di Bilik Kaca, Bangunan Pentadbiran PTSS satu mesyuarat diadakan oleh Jawatankuasa Induk EKSA PTSS bersama dengan Penasihat EKSA PTSS yang baharu iaitu En Muhammad Khairul Ezad bin Sulaiman yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik). Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pengerusi EKSA, Pn Jamilah Hussain, Penyelaras EKSA , En Azrul Nizam bin Abdul Aziz dan semua jawatankuasa induk EKSA.
Dalam mesyuarat tersebut telah dibincangkan tarikh-tarikh perancangan perlaksanan EKSA pada tahun ini dan status perlaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan sebelum ini.
PERBINCANGAN BENGKEL AUDIT & GOTONG ROYONG PADA 6 JUN 2024
Pada 6 Jun 2024, bertempat di Perpustakan PTSS satu perbincangan dibuat oleh Penyelaras EKSA PTSS En Azrul Nizam Abdul Aziz bersama dengan Ketua Juruaudit EKSA PTSS, Pn Ts Noor Laila Binti Ashari dan Setiausaha EKSA PTSS, En Mohamad Fadhli bin Mustafa. Perbincangan dibuat bagi menetapkan kesesuaian tarikh perlaksanaan Bengkel Juruaudit, Gotong Royong dan Audit EKSA bagi tahun 2024 ini.
MAJLIS PENYERAHAN BUKU PANDUAN EKSA KEPADA KETUA ZON EKSA PADA 31 JANUARI 2024
Pada 31 Januari 2024, bertempat di Bilik Persidangan PTSS satu majlis penyerahan BUKU PANDUAN EKSA PTSS telah dibuat. Selama ini buku tersebut boleh dibaca melalui capaian secara online di laman web EKSA PTSS. Semua maklumat tentang EKSA di PTSS telah dimasukkan dalam buku panduan tersebut. Diharapkan usaha ini dapat membantu Zon EKSA dalam mengurusan EKSA di zon masing-masing.
MESYUARAT JK INDUK EKSA PTSS BIL 1/2024 PADA 31 JANUARI 2024
Pada 31 Januari 2024, bertempat di Bilik Persidangan PTSS satu mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA telah diadakan bersama-sama dengan Ketua-Ketua Zon EKSA. Mesyuarat ini diadakan bagi memaklumkan perancangan EKSA bagi tahun 2024 agar setiap zon dapat bersedia dengan dengan perancangan-perancangan yang telah dirangka oleh JK EKSA PTSS.
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Mazrul Hisyam bin Mat Ali. Ketua Unit Pengurusan Persekitaran Bersepadu , Pn Jamilah Hussain dan Penyelaras EKSA PTSS, En Azrul Nizam bin Abdul Aziz. Dalam mesyuarat tersebut En Azrul Nizam telah membentangkan tarikh-tarikh untuk Gotong Royong Perdana, Bengkel Auditor dan Audit EKSA yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai 2024.
MESYUARAT JK UNIT PENGURUSAN PERSEKITARAN BERSEPADU PADA 23 JANUARI 2024
Pada 24 Januari 2024 satu mesyuarat Jawatankuasa di bawah Unit Pengurusan Persekitaran Bersepadu telah diadakan buat pertama kalinya selepas penstrukturan semua Carta Organisasi Pengurusan PTSS. Mesyuarat telah berlangusung di Bilik Mesyuarat Pengarah di Unit Pentadbiran. JK EKSA, Smartgreen, Lean Management sebelum ini telah ditambah lagi dengan JK OSHA, Keselamatan Lalulintas dan JK Keceriaan dan Kebersihan dan diberikan nama UNIT PENGURUSAN PERSEKITARAN PERSEKITARAN BERSEPADU. Ketua Unit Pengurusan Persekitaran Bersepadu adalah Pn Jamilah binti Hussain dan pengurusan unit tersebut diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mazrul Hisyam bin Mat Ali.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Mazrul Hisyam bin Mat Ali. Agenda mesyuarat adalah berkaitan dengan maklumat tentang perubahan dalam carta organisasi, penyediaan deskripsi kerja dan hal-hal berkaitan. Puan Jamilah turut menerangkan tentang keperluan KPI , tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa.