AKTIVITI EKSA

TAHUN 2021

MESYUARAT JK INDUK EKSA PTSS PADA 13 JANUARI 2021

Mesyuarat JK Induk EKSA PTSS telah dilaksanakan pada 13 Januari 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penasihat EKSA PTSS iaitu En Rosnizam bin Kamis. Turut hadir adalah Jawatankuasa Induk baharu dimasukkan dalam JK Induk iaitu JK Inovasi Polygreen dan JK Promosi.

Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bagi mengerakkan aktiviti EKSA walaupun dalam keadaan Convid 19 yang agak membataskan aktiviti yang akan dilaksanakan.

Semua JK sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Puan Jamilah binti Hussain.

PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN EKSA KEPADA PENGURUSAN PADA 16 JANUARI 2021

Pada 16 Januari 2021 satu sesi perjumpaan dengan pihak pengurusan PTSS bagi membincangkan tentang pelan tindakan EKSA yang akan diadakan untuk tahun 2021. Hadir dalam perbincangan tersebut adalah Pengarah PTSS, Encik Abdul Malek bin Hassan, Timbalan Pengarah PTSS, Encik Nadzri bin Che Kamis, Timbalan Sokongan Akademik, Encik Rosnizam bin Kamis dan Pengerusi EKSA, Encik Abdul Mutalib bin Abdul Majid. Pembentangan Pelan Tindakan EKSA telah dibentangkan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Pn Jamilah binti Hussain.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PTSS atas sokongan padu yang diberikan bagi menjayakan aktiviti EKSA PTSS.

Puan Jamilah binti Hussain sedang menerangkan pelan perancangan EKSA bagi tahun 2021.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA PADA 16 JAN- 12 FEBRUARI 2021

Sempena pelaksanaan EKSA di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis semua staf dan pelajar dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo EKSA PTSS. EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) merupakan program yang dilancarkan oleh MAMPU. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua semua staf dan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Setiap peserta tidak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Slogan untuk logo EKSA PTSS adalah "PERSEKITARAN KONDUSIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN"

Poster Pertandingan Mencipta Loga EKSA PTSS. Poster telah diwarkan kepada warga PTSS melalui Whatapp dan Laman Web PTSS

PENJURIAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA PADA 16 FEBRUARI 2021

Sesi penjurian bagi Pertandingan Mencipta Logo EKSA telah dibuat pada 16 Februari 2021. Dua orang pensyarah utama PTSS telah dilantik sebagai juri khas untuk membuat penilaian iaitu Pn Azlida Ahmad dari Jabatan Pengajian Am dan Encik Mohamad Jaaffar bin Salleh. Sebanyak 17 penyertaan telah diterima dari warga PTSS. Logo yang mendapat tempat utama akan dipilih sebagai logo EKSA PTSS. Para pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Para juri sedang membuat penilaian berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.

TAKLIMAT KOMPONEN PENYERAGAMAN EKSA BERSAMA AJK EKSA DI ZON AL DARIMI PADA 19 FEBRUARI 2021

Untuk pelaksanaan penyeragaman EKSA, satu zon telah dipilih secara rawak untuk melaksanakan item pelaksanaan EKSA untuk zon tersebut bagi penyediaan Garis Panduan Pelaksaan EKSA di PTSS. Komponen-komponen yang telah diseragamkan akan diguna pakai untuk zon-zon yang lain.

Perbincang tersebut melibatkan JK EKSA JKM yang telah dilantik dan turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Mekanikal, Encik Ts Ahmad Zawawi bin Zulkifli dan Pen Ketua Jabatan Encik Mohd Firdaus bin Che Sab. Taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Pn Jamilah binti Hussain dan Pengerusi EKSA, Encik Abdul Mutalib bin Abdul Majid.

Sesi perbincangan sedang dibuat di Bilik Kualiti Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA PTSS DIUMUMKAN PADA 23 FEBRUARI 2021

Pemenang bagi Pertandingan Mencipta Logo EKSA telah pun dipilih. Bertempat di Makmal Metrologi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pengumuman telah dibuat dan para pemenang telah hadir untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Penasihat EKSA, Encik Rosnizam bin Kamis.

Pemenang tempat pertama adalah Encik Muhamad Fadzwan bin Amir Roslan dari UIDM, Pemenang tempat kedua telah dimenangi oleh Encik Saifulazmi bin Tayib dari ITDC dan Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Encik Nasrul Effendy bin Mat Nasir dari ULPL. Tahniah kepada para pemenang. Logo yang mendapat tempat pertama secara rasminya terpilih untuk menjadi logo EKSA PTSS

BENGKEL PENGENALAN EKSA DAN PENYERAGAMAN KOMPENAN EKSA PADA 23 FEBRUARI 2021

Bengkel Pengenalan EKSA dan Penyeragaman Komponen EKSA telah dilaksanakan pada 23 Februari 2021 yang bertempat di Makmal Metrologi, JKM. Zon Al Darimi telah dipilih untuk diadakan bengkel bagi menyediakan komponen-komponen EKSA bagi tujuan penyeragaman di mana item penyeragaman yang telah disiapkan dalam bengkel tersebut akan digunapakai oleh semua zon-zon yang lain. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Pn Jamilah binti Hussain.

Bengkel sedang berjalan di mana selepas bengkel gotong royong dan penyediaan tugas mengikut PIC yang telah ditetapkan

MAJLIS PELANCARAN AMALAN EKSA PTSS PADA 3 MAC 2021

Majlis Pelancaran Amalan EKSA PTSS telah dilaksanakan pada 3 Mac 2021 bersekali dengan Majlis Aspirisasi Pengarah PTSS. Slot majlis pelancaran EKSA dimulakan dengan tayangan video pengenalan EKSA, diikuti dengan gimik pelancaran EKSA dan penyampaian hadiah kepada pemenang Logo EKSA. Majlis diteruskan dengan penyampaian fail EKSA kepada JK Induk EKSA dan semua Ketua Zon EKSA di PTSS. Semoga program EKSA ini dapat dilaksanakan dengan dengan jayanya.

Semua JK Induk EKSA dan Ketua Zon bergambar bersama-sama pihak pengurusan PTSS.

MAJLIS JASAMU DIKENANG UNTUK PENGERUSI EKSA PTSS

Majlis Jasamu dikenang telah diadakan pada 25 Mac 2021 bertempat di Pauh Inn. Majlis diadakan bagi meraikan Pengerusi EKSA PTSS Tn Hj Abdul Mutalib bin Abdul Malik dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang akan berpindah ke Politeknik Seberang Prai Pulau Pinang bermula pada 29 Mac 2021. Turut hadir kemajlis tersebut adalah JK Induk EKSA PTSS dan JK Lean Management. Selamat Maju Jaya diucapkan.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BIL 3/2021

Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 22 April 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penasihat EKSA PTSS iaitu En Rosnizam bin Kamis. Turut dijemput untuk hadir ke mesyuarat ini adalah semua JK Induk EKSA, Ketua Zon dan AJK EKSA PTSS. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah taklimat penyeragaman pelaksanaan EKSA PTSS yang disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA PTSS, Pn Jamilah binti Hussain dan lawatan penandarasan ke Zon Al Darimi.

Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut bagi mengerakkan aktiviti EKSA di zon masing-masing. Diharapkan semua perancangan yang dibuat dalam mengerakkan aktiviti EKSA dapat dilaksanakan dengan lancar oleh semua 12 zon yang terlibat.

LAWATAN PENANDARASAN DI ZON AL DARIMI

Lawatan penandarasan ke Zon Al Darimi bertempat di Jabatan Kejuruteraan Awam telah dibuat selepas sahaja mesyuarat JK EKSA pada 22 April 2021. Zon Al Darimi telah dipilih untuk memulakan langkah ke arah EKSA sebagai pioneer untuk dijadikan model dalam penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA PTSS. Walaupun belum lengkap sepenuhnya namun ianya dapat memberi gambaran dan membantu zon-zon yang lain dalam usaha untuk melaksanakan langkah-langkah permulaan penyeragamaan EKSA di PTSS. Tahniah dan terima kasih kepada Ketua Zon Al Darimi dan semua staff atas komitmen yang ditunjukkkan.

PERTUKARAN KETUA PENYELARAS EKSA.

Berkuatkuasa pada tarikh 2 Ogos 2021, Encik Azrul Nizam bin Abdul Aziz dari Jabatan Perdagangan telah dilantik untuk menjadi Ketua Penyelaras EKSA PTSS bagi mengantikan Pn Jamilah binti Hussain yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Lean, EKSA dan Poly Green PTSS.

JK Induk EKSA mengucapkan tahniah kepada Encik Azrul Nizam atas perlantikan tersebut semoga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar program EKSA ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Teruskan menyokong usaha-usaha ke arah EKSA PTSS.

KURSUS KESEDARAN EKSA PTSS

Kursus kesedaran EKSA telah diadakan kepada semua warga PTSS pada 30 September 2021 secara atas talian. Semua warga PTSS diminta untuk menghadiri kursus tersebut .

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Champion EKSA, Encik Khairul Badri bin Ahmad dari Institut Aminuddin Baki Jitra Kedah. Kursus yang berlangsung selama 2 jam itu diharap memberi manafaat dan ilmu untuk mengerakkan pelaksanaan EKSA di PTSS.

BENGKEL PELAN STRATEGIK PTSS

Bengkel Pelan Strategik PTSS telah diadakan pada 8 Disember 2021 bertempat di Bilik Tayangan UIDM dan pada 15 Disember 2021 pula diadakan di Pejabat SUK Kangar Perlis. Team EKSA, Lean Management dan Polygreen telah bergabung bagi menghasilkan SWOT dan belanjawan yang berkaitan dengan EKSA, Lean Management dan Polygreen. Perbincangan dan pembentangan telah dibuat oleh penyelaras yang berkaitan dengan disemak oleh Urusetia Pelan Strategik yang telah dilantik.

Pembentangan SWOT oleh Ketua Penyelaras EKSA, Lean dan Polygreen

Pembentangan oleh Penyelaras EKSA PTSS

Pembentangan oleh Penyelaras Polygreen

Pembentangan oleh Penyelara Lean Management