Unit Perkhidmatan Teknologi Maklumat (UPTM) - 1993
Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) - 2009
Unit Teknologi Maklumat (InfoTech) - 2011
Pejabat Pengurusan Fasiliti & ICT (PPFI) - 2016
Bahagian Infostruktur (BI) - 2022
UPTM mula beroperasi di kampus Jengka (1993) setelah perpindahan daripada kampus lama di Teluk Sisek Taman Gelora (1985). Manakala kampus Padang Lalang (1985), Bukit Sekilau (1986) dan Raub (1997) masih menjadi tanggungjawab UPTM bagi pengurusan infrastruktur ICT dan pengoperasian perkhidmatan ICT. Kemudian InfoTech Raub ditubuhkan dan mula beroperasi di tapak baharu kampus Raub (2015) melalui Private Finance Initiative (PFI) selepas operasi kampus Padang Lalang dan Bukit Sekilau telah dihentikan secara berperingkat. Selain itu, pertukaran nama kepada Bahagian Infostruktur (BI) kampus Jengka dan Raub dilaksanakan melalui kelulusan yang diperoleh daripada Mesyuarat Majlis Eksekutif (MEU) bil.16/2018 pada 27 Jun 2018.