Pelupusan aset ICT dilaksanakan bagi memastikan aset yang telah tamat tempoh penggunaan, rosak atau tidak lagi diperlukan diurus secara sistematik, selamat dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa. Pelaksanaan pelupusan bertujuan untuk:
Memastikan aset ICT yang tidak lagi boleh digunakan atau tidak diperlukan tidak disimpan tanpa keperluan.
Mengoptimumkan penggunaan ruang penyimpanan dan ruang pejabat.
Menjana hasil kepada Kerajaan melalui kaedah pelupusan yang bersesuaian, sekiranya berkenaan.
Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih mengutamakan kelestarian alam sekitar serta amalan pengurusan aset yang mampan.
Pelupusan aset ICT boleh dipertimbangkan berdasarkan salah satu atau lebih justifikasi berikut:
Tidak ekonomik untuk dibaiki.
Peralatan telah usang.
Rosak dan tidak boleh digunakan.
Tamat tempoh penggunaan.
Prestasi atau keupayaan aset tidak lagi berada pada tahap optimum.
Tiada alat ganti di pasaran.
Pembekal tidak lagi menyediakan khidmat sokongan.
Tidak lagi diperlukan oleh jabatan atau PTJ.
Berlaku perubahan teknologi yang menyebabkan aset tidak lagi relevan.
Bilangan aset melebihi keperluan operasi.
Pegawai Aset
Suhaznurain Mohamed Samsudin
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
📧 E-mel: suhaznurain@uitm.edu.my
☎️ Tel: 09-460 2179
Roslan Mamat @ Musa
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
📧 E-mel: roslan087@uitm.edu.my
☎️ Tel: 09-460 2380
Pegawai Penerima Aset
Muhamad Fikri Suhaimi
Juruteknik Komputer Kanan
📧 E-mel: mpikre@uitm.edu.my
☎️ Tel: 09-460 2023
Mohd Norhiman Mohd Nor
Juruteknik Komputer Kanan
📧 E-mel: himan@uitm.edu.my
☎️ Tel: 09-460 2175