Kemudahan e-mel rasmi UiTM disediakan sebagai medium komunikasi rasmi universiti bagi menyokong urusan pentadbiran, akademik dan perkhidmatan.
Kemudahan e-mel rasmi diberikan kepada:
π¨βπΌ Staf UiTM
π Pelajar UiTM
π’ Pusat Tanggungjawab (PTJ)
π Jawatan Pengurusan Tertinggi UiTM
π€ Persatuan Rasmi UiTM
π Individu lain yang mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu ICT
Akaun e-mel UiTM akan dijana secara automatik apabila staf atau pelajar selesai mendaftar atau melapor diri di UiTM.
Bagi pemohon selain warga UiTM, permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Aduan ICT (UnITS) . Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel alternatif yang didaftarkan oleh pemohon.
Setiap warga UiTM diberikan akaun e-mel rasmi yang menggunakan domain @uitm.edu.my bagi tujuan komunikasi rasmi universiti.
Staf UiTM diberikan kemudahan e-mel rasmi seperti berikut:
alamatemel@uitm.edu.my
Contoh: nasrulhaq@uitm.edu.my
alamatemel@staf.uitm.edu.my
Contoh: nasrulhaq@staf.uitm.edu.my
Pelajar UiTM diberikan kemudahan e-mel rasmi seperti berikut:
no_pelajar@student.uitm.edu.my
Contoh: 2022691982@student.uitm.edu.my
no_pelajar@isiswa.uitm.edu.my
Contoh: 2022691982@isiswa.uitm.edu.my
Nota: Akaun e-mel rasmi UiTM hendaklah digunakan bagi semua urusan rasmi universiti. Penggunaan e-mel peribadi untuk urusan rasmi adalah tidak dibenarkan.
Alamat e-mel yang diberikan adalah muktamad.
Setiap pengguna hanya dibenarkan mempunyai satu (1) akaun e-mel rasmi UiTM.
Akaun e-mel rasmi adalah untuk kegunaan rasmi universiti dan menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun.
Proses membaik pulih e-mel hanya melibatkan akaun pengguna.
UiTM tidak bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan e-mel seperti aktiviti spam, mail-bombing atau penyebaran kandungan yang tidak beretika sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak.
UiTM juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan data atau kesan lain yang berlaku kepada maklumat, aplikasi, kotak e-mel atau fail akibat penggunaan perkhidmatan e-mel.
Pengguna hendaklah mematuhi perkara berikut:
β Tidak menyebarkan perisian berlesen atau bahan yang dilindungi hak cipta melalui e-mel rasmi UiTM.
β Tidak melakukan aktiviti spam, mail-bombing atau menghantar kandungan yang berunsur lucah, ugutan, perkauman atau gangguan.
β Tidak menggunakan e-mel rasmi bagi tujuan yang melanggar peraturan, prosedur UiTM atau undang-undang negara.
β Tidak menggunakan akaun e-mel peribadi bagi urusan rasmi UiTM. UiTM berhak menghalang penggunaan e-mel tersebut sekiranya menjejaskan rangkaian universiti.
Suhaznurain Mohamed Shamsudin
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
π§ E-mel: suhaznurain@uitm.edu.my
βοΈ No. Telefon: 09-460 2179
Muhamad FikriΒ Suhaimi
Juruteknik Komputer Kanan
π§ E-mel : mpikre@uitm.edu.my
βοΈ No Telefon : 09 - 460 2023Β
Sebarang permasalahan berkaitan e-mel rasmi UiTM hendaklah dilaporkan melalui Sistem Aduan ICT (UnITS) untuk tindakan, semakan dan penyelarasan selanjutnya oleh pegawai yang bertanggungjawab.Β