Unit Pentadbiran ICT bertanggungjawab memastikan tadbir urus, pengurusan pentadbiran dan perancangan strategik ICT dilaksanakan secara sistematik, cekap dan selaras dengan objektif serta Pelan Strategik Universiti bagi menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan ICT.
Skopย
๐ Pengurusan Fail dan Surat Rasmi
Mengurus proses penerimaan, pendaftaran, edaran, penyimpanan dan penghantaran fail serta surat rasmi unit.
๐ Pengurusan Kerja Lebih Masa
Menyelaras permohonan, rekod, semakan dan tuntutan kerja lebih masa staf.
๐ฅ๏ธ Pengurusan Inventori Pejabat
Mengurus inventori peralatan pejabat termasuk rekod, pemantauan dan pelaporan aset pentadbiran.
๐
Pengurusan Rekod Cuti dan Kehadiran Staf
Menyelaras rekod cuti, kehadiran serta kerja lebih masa staf unit.
๐ก Pengurusan Bayaran Utiliti ICT
Mengurus penyediaan, semakan dan pemantauan bayaran utiliti berkaitan perkhidmatan ICT.
๐ฐ Perancangan Bajet ICT
Membantu penyediaan perancangan dan penyelarasan bajet tahunan bagi keperluan operasi, penyelenggaraan dan pembangunan ICT.
๐ฅ Perancangan Perjawatan ICT
Membantu penyediaan ย unjuran dan perancangan keperluan perjawatan bagi menyokong operasi dan pembangunan perkhidmatan ICT.