Sijil Landskap merangkumi pelbagai disiplin seperti rekabentuk dan grafik landskap, pembinaan landskap serta penyelenggaraan landskap. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat melahirkan graduan yang holistik dan profesional dalam bidang landskap.
Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta pratikal di tapak. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan asas rekabentuk dan asas grafik landskap yang lengkap merangkumi asas kemahiran secara manual. Malah pelajar juga disiapkan dengan kemahiran digital seperti penggunaan perisian rekabentuk yang digunakan industri semasa.
Pembinaan landskap melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan teknik binaan dalam bidang landskap secara praktikal di tapak merangkumi, pengurusan projek, pembinaan landskap kejur, pembinaan landskap lembut dan implementasi landskap. Penyelenggaraan landskap memberikan pelajar kemahiran menyelesaikan masalah semasa berkaitan nilai dan selenggara binaan landskap kejur dan lembut yang telah dibina.
Selain itu, program ini dilengkapi dengan program kemahiran interpersonal bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan. Ia menjurus kepada kepelbagaian bidang pekerjaan khusus dalam industri landskap seiring dengan hasrat negara untuk menghijaukan persekitaran.
Program ini melaksanakan penilaian secara formatif dan sumatif yang berlangsung sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain ketersediaan pelajar dalam industri landskap, pelajar juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi selepas tamat pengajian.
PENSYARAH KURSUS
Suriyana Binti Sulaji
Ketua Program
Siti Ainon Binti Abdullah
Pensyarah Utama
Suhaila Binti Hasan
Pensyarah Kanan
Azlina Binti Mokhtasar
Pensyarah
Muhd Ruhaizad Bin Rusli
Pensyarah