SIJIL Teknologi penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU)
sinopsis
Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan praktikal. Program ini juga direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri.
Struktur program ini merangkumi kursus Penyediaan Asas Penyamanan Udara, Pemasangan Unit Penyamanan Udara Domestik, Penyelenggaraan Unit Penyamanan Udara Domestik, Teknologi Worksyop, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Penyejukan Domestik, Penyamanan Udara Kenderaan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Penyejukan Komersil, Penyamanan Udara Industri - Package Unit dan Variable Refrigerant Volume (VRV) dan Penyamanan Udara Industri – Chiller Unit.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Beberapa tahun setelah graduan menamatkan pengajian Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, graduan berupaya: OP1 : dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan industri dalam bidang teknologi berkaitan
OP2 : berterusan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan pengeta dan kemahiran
OP3 : diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang pekerjaan
OP4 : mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan industri
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:
HPP 1 : memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian. possess basic knowledge of technology fundamentals to routine procedures and practices in the field of study.
HPP 2 : mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems.
HPP 3 : menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian. establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the field of study.
HPP 4 : menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi. communicate and describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs.
HPP 5 : menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi. illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices.
HPP 6 : mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat. acknowledge the requirement of career establishment and to employ in continuing learning.
HPP 7 : menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar illustrate consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective
HPP 8: menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme. illustrate ethical awareness and professionalism.
HPP 9: menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal. illustrate leadership character and work efficiently in a technical team.
PENSYARAH KURSUS
Zaa'ba Helmi Bin Kamisan
Ketua Program
Haji Zali Bin Wahil
Pensyarah Utama
Mohd Fadzil
Pensyarah
Jaslinah Binti Sariau
Pensyarah
Mohd Hafiz Bin Sani
Pensyarah
Muhammad Zharif Iqbal Bin
Pensyarah
Mohamad Zulkarnain Bin Ahmad
Pensyarah
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan graduan memulakan kerjaya sebagai:
a. Juruteknik Penyejukan Dan Penyamanan Udara
b. Juruteknik Mekanikal
c. Usahawan Penyejukan Dan Penyamanan Udara
d. Jururunding (Consultant)
e. Kontraktor Penyejukan Dan Penyamanan Udara
f. Pembantu Penyelia