Program Sijil Khas Hortikultur Landskap direka bentuk untuk menghasilkan graduan TVET Pendidikan Khas yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dan kemahiran yang tinggi dalam memenuhi permintaan tenaga kerja sektor industri landskap. Struktur program ini merangkumi komponen teknikal, pembangunan diri, teknologi dan kompetensi pekerjaan. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin antaranya Pengenalan Nurseri Tanaman Hiasan,
Pembiakan dan Pengeluaran Tanaman Hiasan, Pengenalan Pembinaan Landskap, Implementasi Landskap, Pengenalan Penyelenggaraan Hortikultur Landskap, Penyelenggaraan Landskap Lembut & Kejur serta Penyelenggaraan Peralatan dan Mesin Kecil. Pelajar diwajibkan mengambil Kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum dan Asas Keusahawanan.
Seterusnya, pelajar juga didedahkan dengan kursus teras disiplin iaitu Asas Aplikasi Komputer dan pelajar boleh memilih kursus elektif iaitu Khidmat Komuniti atau Penyelenggaraan Rumput Turf untuk meningkatkan kemahiran kendiri. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan,
keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan kepada dunia kerjaya yang sebenar. Latihan industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga separa mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.
PENSYARAH KURSUS
Nor'akma Binti Osman
Ketua Program
Nur Azlin Binti Azhari
Pensyarah Kanan
Nor Lizam bin Rajulan @ Hj. Salam
Pensyarah Kanan