10 Januari 2025
Jawatankuasa EKSA Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan Program Mini Gotong Royong EKSA Siri 1/2025 yang berlangsung di ruang kerja staf Politeknik METrO Johor Bahru. Program ini bertemakan 'Gerak Kerja Sisih' dengan tujuan untuk meningkatkan kebersihan, kekemasan, dan keberkesanan ruang kerja selaras dengan amalan EKSA.
Antara skop kerja yang telah dilaksanakan termasuk membersihkan ruang kerja, membersihkan pendingin hawa di ruangan kerja, mengosongkan ruang atas rak, serta melupuskan dokumen yang tidak diperlukan.
Program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran warga PMJB terhadap kepentingan amalan EKSA dalam persekitaran kerja. Terima kasih kepada semua staf PMJB yang memberikan komitmen dalam usaha menjadikan ruang kerja lebih teratur dan kondusif.
"𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐖𝐞 𝐂𝐚𝐫𝐞"