20 & 27 Julai 2023
Tahniah diucapkan kepada warga PMJB yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam program sukarelawan pembersihan laluan Bukit Tiz, Seri Alam, Pasir Gudang, Johor pada 20 dan 27 Julai 2023 . Idea ini telah dicetuskan oleh seramai 70 orang pelajar DLS2B, DLS 1A dan DLS 1B dan pensyarah-pensyarah Kelab Alam Sekitar serta Pegawai Sukan PMJB. Selain itu, program ini turut melibatkan ke semua warga staf PMJB.
Tujuan program ini adalah untuk memupuk minat warga PMJB supaya sayangi alam sekitar yang membabitkan aktiviti kutipan sampah dan membaik pulih lanskap. Selain itu, ia meningkatkan kesedaran warga PMJB terhadap tanggungjawab sosial di kawasan alam sekitar yang melibatkan aktiviti fizikal dan mental.