3 Julai 2024
Seramai 10 orang pelajar PMJB dari kelas DIB4 telah menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Anwarul Mahabbah, Johor Bahru dalam program Ihsan & Ukhwah: Fostering Bonds and Compassion.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program yang dianjurkan sendiri oleh pelajar ini ialah gotong-royong membersihkan stor dan bilik penghuni pusat jagaan ini serta pemberian sumbangan hasil kutipan dan dana dari warga PMJB, koperasi PMJB, komuniti setempat dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.
Aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk perasaan menghormati orang yang lebih tua di samping mempraktikkan teori ilmu yang dipelajari iaitu Islamic Social Finance.