11 & 18 Julai 2024
Program Khidmat Masyarakat “Sustainable Technology : Preventive Maintenance for Education” telah diadakan di Makmal Komputer Politeknik METrO Johor Bahru dari 11 hingga 18 Julai lalu. Program ini merupakan anjuran Kelab Komputer Semester Pendek 2024 dengan kerjasama Unit ICT PMJB. Seramai 25 orang pelajar kursus pendek Kelab Komputer terlibat dalam program CSR ini.
Pensyarah kursus, Pn Wizni Khairah bt Mohd Nawi berkata program ini bertujuan menggalakkan amalan penyelenggaraan preventif, selain untuk memanjangkan jangka hayat komputer serta mengoptimumkan keselamatan data dan kebolehgunaan peralatan, Apa yang menarik, program CSR ini memberi peluang kepada pelajar politeknik mendalami amalan terbaik dalam penyelenggaraan IT. Melalui kolaborasi dengan unit ICT PMJB, program ini dapat memupuk kesedaran terhadap kepentingan teknologi yang lestari dan memberi kesan positif kepada komuniti pendidikan secara keseluruhan ke arah membudayakan ICT Hijau.
Pengarah program CSR ini, Sanjay A/L Magathevan, pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, menyambut baik program seumpama ini kerana dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar termasuklah kemahiran kerjasama, komunikasi, dan penyelesaian masalah, dimana ia merupakan kemahiran penting untuk persediaan menghadapi cabaran profesional di masa depan.