22 Februari 2024
Jawatankuasa EKSA telah menjalankan Gotong Royong pada 22 Feb 2024 (Khamis). Gotong Royong ini telah melibatkan aktiviti 4 Zon, iaitu Aras 1, Aras 2, Aras 3 dan Aras 4. Pengkhususan aktiviti gotong royong ini telah berpusat kepada aktiviti kebersihan dan pelupusan sahaja atas sebab kekangan tertentu. Aktiviti gotong royong ini memfokuskan kepada kemasan dan mencantikkan persekitaran semua bahagian PMJB.
Jawatankuasa EKSA telah melibatkan aktiviti ke semua Zon iaitu di semua tingkat yang meliputi pentadbiran, akademik dan sokongan akademik. Setiap Zon telah dibahagikan tugas dengan penglibatan daripada semua kakitangan dan pelajar di PMJB.
Fokus utama gotong royong ini adalah mengenalpasti dan membuat semakan aset/inventori di setiap lokasi bilik di PMJB. Selain daripada itu, aktiviti pengumpulan, pengasingan, pelabelan (bagi tujuan pelupusan), senarai dan kemaskini maklumat (deraf pertama) aset/inventori dengan menggunakan borang Senarai Aset Mengikut Lokasi yang berkuatkuasa telah dilaksanakan.
Penglibatan aktiviti ini secara tidak langsung memberi pendedahan penjagaan harta PMJB melebihi harta peribadi dengan kawalan maksimum seiring keperluan Pematuhan Pekeliling Tatacara Pengurusan Aset Alih. Selain daripada itu, mengesan saluran maklumat dan komunikasi bersama pegawai yang terlibat seperti aset/inventori sekiranya berlaku perubahan lokasi, pembaikan dan pelupusan yang diperlukan serta makluman yang berkaitan.