13 Mei 2024
Program “Jom Hijaukan JB!” adalah inisiatif Kelab Mesra Alam, Politeknik METrO Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bagi membantu melindungi dan memulihkan alam sekitar secara mapan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Program ini dijalankan di Hutan Bandar Bandaraya Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor pada 13 Mei 2024. Program ini melibatkan 16 orang pelajar Kelab Mesra Alam, PMJB dengan diketuai oleh Ketua Kursus Pengajian Umum, Pn Nur Shazwani Binti Sadzali. Program ini berjaya memupuk perasaan tanggungjawab kepada alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
penanaman pokok cili padi dan bendi
mempelajari cara membuat baja kompos