21 Oktober 2023
Program POLYCC ECO-FRIENDLY 2023 adalah merupakan program anjuran PMJB yang mana ianya menitikberatkan pendidikan, pemuliharaan, penjagaan alam sekitar serta tanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar.
Tujuan program ini adalah untuk menjaga kelestarian alam semula jadi bagi generasi sekarang mahupun generasi akan datang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menanam pokok bakau di Jambatan Baru Pontian, Johor. Ianya merupakan salah satu program yang sesuai untuk dilakukan bagi membentuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga PMJB.