24 April 2025
Program Bakti Ikhlas Surau dan Kawasan Taman Eko Rimba Gunung Pulai telah dianjurkan oleh pelajar DEN 2A Sesi II 2024/2025 di bawah bimbingan pensyarah En Tahir bin Leemat, dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, Politeknik METrO Johor Bahru serta Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Program ini telah berlangsung di Taman Eko Rimba Gunung Pulai, melibatkan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat seperti pembersihan surau dan kawasan sekitar.
Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab sosial melalui aktiviti berimpak positif kepada masyarakat. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu pengurusan daripada subjek DPB10063, mengukuhkan semangat gotong-royong, serta menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan agensi luar seperti Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Melalui penganjuran program ini, para pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah yang bukan sahaja memperkaya ilmu dan kemahiran insaniah, malah menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi pendidikan berteraskan nilai dan tanggungjawab sosial.