Click here to know more about the different MTL policies!
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti bengkel Dikir Barat, menyediakan reruai untuk memperkenalkan permainan tradisional dan juga penyertaan di luar sekolah dalam perlumbaan ‘Lumbuba’. Pelajar diharapkan dapat menggunakan Bahasa Melayu dalam konteks yang sebenar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Saya telah mengikuti bengkel Dikir Barat pada penggal yang lalu. Pengalaman itu menyeronokkan kerana saya dapat menyanyi dan bermain kompang. Ia juga memerlukan kerjasama untuk bermain dikir barat supaya lagu yang dinyanyikan akan menjadi satu persembahan yang baik. Saya merupakan antara awok-awok dan saya mendapati ia senang untuk tepuk mengikut rentak lagu. Lagu yang dilaungkan adalah lagu tentang kerjasama antara satu sama lain.
Saya mempelajari bahawa Dikir Barat memerlukan kemahiran menyanyi dan bertepuk tangan mengikut rentak. Dikir Barat mempunyai peblbagai cabaran yang boleh ditempuhi dengan bekerjasama.
Ditulis oleh: Irfan Rasul, 2M
Pada suatu pagi Sabtu, saya dan rakan-rakan saya serta para guru Bahasa Melayu telah pergi menonton sebuah teater bertajuk ‘Lanang’ di Pusat Warisan Melayu. Cerita itu mengisahkan tentang hubungan antara ibu dan anaknya yang menjadi tegang apabila ibunya, Habsa, kematian ibunya sendiri menjadi wanita yang sangat berbeza daripadanya sebelum ini. Hal ini telah mengecewakan anaknya, Adi.
Habsa seakan-akan melalui kemurungan setelah kematian ibunya. Melalui teater ini, saya dapat memahami apa yang dilalui oleh Adi dan ibunya sekeluarga kerana situasi seperti ini sering terjadi dalam sesebuah keluarga.
Teater ini mengajar saya bahawa sebagai seorang anak lelaki, saya harus menjadi ketua keluarga dan harus menjaga ibu dan sentiasa memberi sokongan dan juga bantuan. Kemurungan tidak harus dipandang remeh, kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada yang menghadapinya dan ahli-ahli keluarga yang lain.