Click here to know more about the different MTL policies!
Kami telah pergi ke Masjid Kampung Sembawang sebagai aktiviti akhir tahun. Di sana, kita telah mempelajari membuat kuih-muih tradisional dan bermain guli dan lereng di kawasan yang luas. Kita telah melihat monyet berkeliaran. Mungkin mereka datang daripada hutan yang terletak bersebelahan dengan masjid itu. Kami juga telah mempelajari adab makan. Nasi Ambeng yang disajikan menyelerakan. Kami makan berdulang bersama 4 rakan yang lain.
Pengalaman ini menyeronokkan kerana pegawai-pegawai masjid baik hati dan melayan dengan ikhlas. Tempatnya yang bersuasana kampung itu nyaman dan cantik menghijau. Pada mulanya, kami berasa kekok bermain permainan lereng tetapi selepas itu, permainan itu menjadi menyeronokkan dan lucu kerana ramai pelajar gagal dalam permainan tersebut
Kami mempelajari nilai komitmen apabila membuat kuih kerana ia sukar melipat daun pisang pada mulanya tetapi akhirnya, kami berjaya. Kesabaran juga diperlukan apabila merebus ondeh-ondeh dan abuk-abuk kerana ia memakan masa selama 20 minit untuk masak. Kami tidak berputus asa apabila bermain permainan lereng kerana permainan itu memerlukan usaha untuk berjaya.