DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI,
Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-NYA semua program Pendidikan Khas SK Kuang dapat dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun berdepan dengan masalah pandemik Covid-19.
Walaupun banyak ujian dan kekangan yang terpaksa diharungi, warga kerja PPKI SEKUAT sentiasa bersatu dalam merialisasikan perancangan yang telah dibuat. Tahniah buat semua Guru-Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI SKUAT atas kerja keras anda semua.
Terima kasih dan tahniah juga untuk ibu bapa serta penjaga yang berusaha mendidik anak-anak istimewa walaupun secara dalam talian (PDPR).
Penghargaan juga kepada barisan pentadbir SK Kuang yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kami dalam apa jua program yang telah dianjurkan.
Harapan saya PPKI SK Kuang terus mencapai kecemerlangan dan kekurangan bukanlah satu alasan untuk tidak berjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK). Setiap murid MBK ada bakat tersendiri yang perlu digilap.
Ayuh semua warga kerja PPKI SK Kuang, “yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing“.
Sekian, terima kasih.
Pendidikan Khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan khas bagi kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Kaedah-kaedah tersebut meliputi juga aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran,latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan Pendidikan Khas juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuaikan jika perlu untuk memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid dan pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai jenis kecacatan.
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid berkeperluan khas.
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Menyediakan pendidikan yang bersesuaian kepada setiap orang murid berkeperluan khas.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA”
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi membentuk murid-murid ke arah bersikap positif, inovatif dan kreatif.
mengamalkan sikap budaya penyayang dan mesra kepada semua pelanggan tanpa mengira bangsa dan agama.
menjalinkan hubungan yang akrab & mesra antara ibubapa, guru, murid dan pekerja yang menjayakan aktiviti pendidikan.
Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, berfikiran terbuka dan melaksanakan tugas secara berpasukan.
"BERTINDAK PANTAS & SENTIASA MEMAJUKAN DIRI"
TAKWIM PENDIDIKAN KHAS