Search this site
Embedded Files
SK KUANG 2022
  • LAMAN UTAMA
  • PENGURUSAN PENTADBIRAN
    • PANDUAN AM
    • CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
    • JAWATANKUASA PENTADBIRAN
    • TAKWIM SEKOLAH
      • TAKWIM 2022
      • HARI KELEPASAN AM
      • KALENDAR AKADEMIK
      • MINGGU AKADEMIK
    • GURU & KAKITANGAN
    • PENYELARAS DAN GURU KELAS
    • JADUAL WAKTU
    • WAKTU OPERASI SEKOLAH
    • PROFIL SEKOLAH
    • SEJARAH SEKOLAH
    • PELAN SEKOLAH
    • ENROLMEN SEKOLAH
    • LENCANA SEKOLAH
    • LAGU SEKOLAH
    • JADUAL PEMANTAUAN & PENCERAPAN
  • PENGURUSAN KURIKULUM
  • PENGURUSAN HEM
  • PENGURUSAN KOKO
  • PENGURUSAN PPKI
SK KUANG 2022
  • LAMAN UTAMA
  • PENGURUSAN PENTADBIRAN
    • PANDUAN AM
    • CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
    • JAWATANKUASA PENTADBIRAN
    • TAKWIM SEKOLAH
      • TAKWIM 2022
      • HARI KELEPASAN AM
      • KALENDAR AKADEMIK
      • MINGGU AKADEMIK
    • GURU & KAKITANGAN
    • PENYELARAS DAN GURU KELAS
    • JADUAL WAKTU
    • WAKTU OPERASI SEKOLAH
    • PROFIL SEKOLAH
    • SEJARAH SEKOLAH
    • PELAN SEKOLAH
    • ENROLMEN SEKOLAH
    • LENCANA SEKOLAH
    • LAGU SEKOLAH
    • JADUAL PEMANTAUAN & PENCERAPAN
  • PENGURUSAN KURIKULUM
  • PENGURUSAN HEM
  • PENGURUSAN KOKO
  • PENGURUSAN PPKI
  • More
    • LAMAN UTAMA
    • PENGURUSAN PENTADBIRAN
      • PANDUAN AM
      • CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
      • JAWATANKUASA PENTADBIRAN
      • TAKWIM SEKOLAH
        • TAKWIM 2022
        • HARI KELEPASAN AM
        • KALENDAR AKADEMIK
        • MINGGU AKADEMIK
      • GURU & KAKITANGAN
      • PENYELARAS DAN GURU KELAS
      • JADUAL WAKTU
      • WAKTU OPERASI SEKOLAH
      • PROFIL SEKOLAH
      • SEJARAH SEKOLAH
      • PELAN SEKOLAH
      • ENROLMEN SEKOLAH
      • LENCANA SEKOLAH
      • LAGU SEKOLAH
      • JADUAL PEMANTAUAN & PENCERAPAN
    • PENGURUSAN KURIKULUM
    • PENGURUSAN HEM
    • PENGURUSAN KOKO
    • PENGURUSAN PPKI
Pengurusan Pentadbiran > Panduan Am

1. PERINTAH AM

Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan

2. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

  1. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan dan Matlamat Pendidikan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia

  2. Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.

  3. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.

  4. Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.

  5. Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan murid dan sekolah melebihi kepentingan peribadi.

  6. Semua guru adalah guru disiplin.

  7. Semua guru adalah guru kaunseling.

3. KEDATANGAN

  1. Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.

  2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merekod waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah dan pejabat.

  3. Guru hendaklah memberitahu guru besar sekolah secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.

  4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.

  5. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

  6. Guru bertugas perlulah hadir 15 minit sebelum waktu PdP bermula untuk melaksanakan program Bicara Ilmu.

4. KELUAR WAKTU BERTUGAS

  1. Pada waktu persekolahan/kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.

  2. Guru dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan

  3. Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah.

  4. Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru Besar/Penolong Kanan dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran.

  5. Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam buku kebenaran keluar.

5. MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab "D" seperti berikut:-

  1. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. Dibenarkan dengan syarat:-

  • Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.

  • Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.

  • Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

6. DISIPLIN GURU

  1. Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja

    • Membaca, memahami serta boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan ’’Perintah Am” dan lain arahan perkhidmatan.

    • Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua dengan memuaskan.

    • Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan.

    • Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid hendaklah sentiasa dijaga.

  2. Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

    • Menepati masa.

    • Mencatat nama waktu tiba dan balik.

    • Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.

    • Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna.

    • Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan.

    • Hadir ke sekolah bila-bila masa diperlukan apabila diarahkan oleh Guru Besar.

    • Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.

    • Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.

    • Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah meninggalkan murid untuk hal-hal yang tidak penting.

  3. Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.

    • Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak.

    • Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.

    • Bersikap tegas terhadap murid tetapi elakkan dari melakukan penderaan.

7. CUTI

Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Perkeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

  1. Cuti Rehat Khas (CRK)


Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh hari (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bil 8 tahun 2017.Boleh diambil mengikut nisbah 10 hari dibahagi dengan 12 bulan.

  1. CRK perlu dipohon lebih awal. Selewat-lewatnya 7 hari sebelum tiba tarikh yang dipohon.

  2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

  3. Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

  4. Bilangan hari CRK yang diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan.

  5. Bagi guru sandaran dan guru berelaun mereka boleh memohon Cuti Sambilan sebanyak 3 hari setahun


2. Cuti Sakit

        1. Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

        2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.

        3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

        4. Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.



3. Cuti Keluar Negara

  1. Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.


4, Cuti Khas-Isteri Bersalin

  1. Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


5. Cuti Tanpa Rekod

  1. Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.


  1. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

    1. Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


  1. Cuti kuarantin

    1. (PP bil 11/2016) memerlukan perakuan secara bertulis atau sijil sakit yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta. Tempohnya 5 hari bagi setiap kes


8. PAKAIAN

  1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat. Semua jenis pakaian 'jeans' tidak dibenarkan.

  2. Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan, skirt, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

  3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

  4. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/ bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.

  5. Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.

  6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:

    1. Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

    2. 8.6.1Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

  7. Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru.

  8. Murid melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang dapat memotivasi untuk tampil bergaya secara professional setiap hari. Bagi guru perempuan biarlah tampak berseri dengan mekap yang ringan.

9. TANDA NAMA

  1. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.

10. INISIATIF GURU

  1. Guru-guru adalah sentiasa digalakkan untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

  2. Walaubagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan dan membincangkan serta memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru Besar.

11. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

  1. Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

  2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan Kurikulum.

12. TUGAS GURU

  1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.

  2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran Negeri atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa keizinan Guru Besar.

  3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curia hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar / Penolong Kanan Kurikulum.

  4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan / Guru Besar tarikh dan masa pelaksanaannya.

  5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar maklumkan kepada PK Pentadbiran.

13. BUKU REKOD MENGAJAR

  1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.

  2. Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk urusan guru pengganti.

  3. Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah

14. JADUAL WAKTU MENGAJAR

Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

  1. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

  2. Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

15. BILIK GURU

  1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta harta benda sekolah merupakan tanggungjawab semua guru.

  2. Waktu Senggang (free period) guru hendaklah dipenuhi melakukan perkara-perkara berkaitan PdP.

  3. Semua guru adalah ahli Kelab Bilik Guru.

  4. Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

PENGURUSAN TAKWIM SEKOLAH 2022SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG (BBA7208)48000 RAWANG SELANGORTEL : 03-60383789EMEL : BBA7208@moe.edu.my
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse