Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
Unit Badan Beruniform
Persatuan / Kelab
Sukan / Permainan
Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah .
Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat.
Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan berdikari.
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Bagi mencapai matlamat tersebut, gerak kerja kokurikulum bertujuan untuk membolehkan pelajar :
Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi cabaran.
Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian
Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya
“ Mencapai tahap yang cemerlang dalam semua aspek KoKurikulum “
“ Melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berdisiplin “
TAKWIM KO-KURIKULUM