Fail Mesyuarat dan Maklumat
Menyediakan surat jemputan mesyuarat.
Menulis minit mesyuarat semasa mesyuarat kokurikulum dan menyediakan salinan minit mesyuarat yang lalu dan mengedarkannya kepada semua AJK.
Mengemaskini maklumat-maklumat dalam fail induk kokurikulum.
Mewakilkan PK Kokurikulum dalam majlis rasmi unit kokurikulum .
Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
Menyediakan laporan unit kokurikulum.
Pentadbiran/Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Takwim
Menyelia / memantau aktiviti pelaksanaan Badan Uniform, Kelab dan Persatuan, Kelab Sukan dan Permainan.
Menyelia / memantau aktiviti koku mengikut takwim koku kecuali ada perubahan serta-merta yang tidak dapat dielakkan. (Perubahan akibat upacara atau agenda lain yang lebih utama)
Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
Melaksanakan segala rancangan-rancangan Majlis Sukan Sekolah.
Menyelaraskan semua permainan / olahraga
Antara kelas, rumah sukan
Antara Peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Melaksanakan Rancangan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri.
Setiausaha Sukan atas nasihat Guru Besar menetapkan tarikh rumah sukan mengadakan mesyuarat.
Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga
Menguruskan dan menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan ( gelanggang, padang, tiang gol dan lain-lain) adalah dalam keadaan selamat dan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.
Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang ada.
Membantu menguruskan, menyemak dan menyelaraskan urusanurusan kewangan dari guru-guru permainan dan guru rumah.
Memesan, menerima dan merekodkan segala pembelian alat-alat, tambang-menambang, minuman, hadiah dan lain-lain.
Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan, membaiki dan membaharui mana-mana yang perlu.
Menyimpan serta menyelenggara stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.
Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan sama ada di peringkat sekolah, antara sekolah atau Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dan MSSM. Rekod ini patut mengandungi tarikh, jenis permainan / pertandingan pasukan yang terlibat, tempat pertandingan, keputusan dan perkara-perkara lain yang mungkin berlaku di tempat pertandingan.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan sukan dan permainan.
Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktivitiaktiviti di bawah badan sukan dan permainan.
Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan sukan dan permainan dari masa ke semasa.
Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan sentiasa dikemaskini.
Membuat rumusan laporan aktiviti Sukan dan Permainan setiap minggu.
Mengumpul semua RPT unit-unit sukan dan permainan dan serahkan kepada setiausaha kokurikulum.
Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform.
Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform.
Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan beruniform dari masa ke semasa.
Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini.
Membuat kertas kerja untuk program perkhemahan unit beruniform dan menjadi penyelaras untuk program ini.
Membuat pengagihan bantuan pakaian seragam unit beruniform kepada pelajar.
Membuat rumusan laporan aktiviti Badan Beruniform setiap minggu.
Mengumpul semua RPT unit-unit badan beruniform dan serahkan kepada setiausaha kokurikulum.
Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan kelab / persatuan
Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktivitiaktiviti di bawah badan kelab / persatuan.
Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum.
Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan kelab / persatuan dari masa ke semasa.
Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini.
Membuat rumusan laporan aktiviti Kelab / Persatuan setiap minggu.
Mengumpul semua RPT unit-unit sukan dan permainan dan diserahkan kepada setiausaha kokurikulum.
Membentuk jawatan kuasa persatuan / kelab / badan beruniform
Memastikan segala aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk simpanan rekod.
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merancang strategi yang sesuai untuk peningkatan prestasi persatuan / kelab / badan beruniform .
Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan .
Menguruskan kewangan, harta benda dan peralatan persatuan / kelab / badan beruniform.
Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan disimpan dalam fail.
Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan / kelab / badan beruniform.
Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti seperti hari Guru, Hari Sukan dan lain-lain.
Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar / disebarkan di kalangan ahli.
Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.
Mendaftarkan pelajar-pelajar mengikut rumah, jantina dan tahun.
Ketua Guru Rumah akan mempengerusikan mesyuarat rumah masingmasing.
Mematuhi jadual latihan yang ditetapkan dan memastikan kedatangan ahli-ahli dijalankan.
Mengawasi keselamatan, kebajikan dan disiplin ahli-ahli rumah sukan.
Melatih pelajar dan menentukan semua ahli-ahli rumah diberi kesempatan melibatkan diri dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Memastikan kegunaan alatan sukan / permainan teratur dan terkawal.
Memastikan alat-alat sukan / permainan dalam keadaan baik dan bilangannya mencukupi apabila dipulangkan.
Melaporkan kepada Setiausaha Sukan sebarang kerosakan atau kehilangan alat-alat yang digunakan.
Menyimpan rekod-rekod keputusan pertandingan antara Rumah Sukan.
Menjalankan mesyuarat agung Rumah Sukan.
Menguruskan latihan Rumah Sukan pada hari-hari yang telah ditetapkan.
Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kehadiran dicatatkan.
Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil Rumah / Sekolah.
Mengurus surat kebenaran ibubapa / penjaga ke pertandingan luar.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan dengan
Melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan boleh bagi meningkatkan kemahiran pelajar.
Membentuk pasukan sekolah dan rumah mengikut peringkat umur.
Mengadakan pemilihan dan latihan.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya di mana perlu dan juga menguruskan para penyokongnya.
Mengiringi dan menjaga disiplin pemain-pemain pada masa latihan ataupun semasa perlawanan.
Menyediakan segala peralatan kecemasan yang perlu jika berlakunya kecederaan seperti plaster, ubat luka, kain balutan dan lain-lain.
Menguruskan pengangkutan dan surat-surat izin daripada penjaga bagi pelajar-pelajar yang mewakili pasukan sekolah.
Membahagi dan mengumpulkan semua alat-alat sukan yang diberi kepada pemain-pemain dan bertanggungjawab di atas keselamatan segala peralatan tersebut.
Menyimpan rekod-rekod pertandingan di semua peringkat dan melaporkannya kepada Setiausaha Sukan atau Ketua Guru Rumah selepas pertandingan.