Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan. Persekitaran pendidikan semasa, menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta yang lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.
‘Melahirkan Murid Cemerlang, Bijaksana Dan Amanah'
‘Memupuk Tingkah Laku Cemerlang, Bestari, Berketrampilan Dan Beramal Soleh'
Pengurusan HEM SK KUANG mempunyai objektif :-
1. Sentiasa menasihati dan mengingatkan murid-murid agar tahap disiplin dan tingkah laku murid sentiasa memuaskan serta terkawal.
2. Menasihati dan mengingatkan murid-murid tentang amalan yang membangunkan agama dalam diri dan keluarga.
3. Berusaha mengurangkan beban murid-murid yang mempunyai masalah kewangan dan pembelajaran.
4. Berusaha meningkatkan hubungan yang baik dan akrab di kalangan murid- murid, guru, ibubapa dan komuniti setempat.
5. Berusaha mengadakan kursus-kursus motivasi bagi membantu meningkatkan prestasi kendiri dan pencapaian pelajaran murid-murid.
6. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi ilham, petunjuk, hidayah dan rahmatNya dalam pengurusan hal ehwal kemanusiaan dan alam pendidikan.
Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah;
Menyediakan rangkaian komuniti sebagai rakan yang mampu memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah;
Meningkatkan kesediaan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid;
Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi merancang aktiviti/program sekolah yang boleh melibatkan pihak berkepentingan secara aktif dan berkesan;
Menyediakan ibu bapa dan komuniti sebagai rakan yang aktif dalam proses pembelajaran murid di sekolah.
Semua ibu bapa/penjaga kepada murid-murid Sek. Keb. Kuang
Komuniti setempat.
Sektor swasta
TAKWIM HAL EHWAL MURID