Menyemak data miskin dalam APDM
Mengenalpasti dan memilih murid yang layak menerima bantuan KWAPM mengikut syarat yang ditetapkan.
Mengedarkan borang kepada murid dan menghantar senarai nama kepada PPD/ JPN.
Memastikan wang bantuan KWAPM dibankkan dan diagihkan dengan segera.
Memastikan semua penerima KWAPM mempunyai akaun simpanan di BSN
Edar borang penerimaan KWAPM kepada ibu bapa/ penjaga
Memastikan semua murid penerima KWAPM menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembelajaran ( yuran, alatan sekolah , uniform sekolah dll)
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Mengemaskini rekod, fail, surat-menyurat dan maklumat berkaitan.
1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK. Kesihatan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.
2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu.
3. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan mengikut menu dan harga mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan.
4. Semua penjual makanan hendaklah dipastikan telah mendapat suntikan kesihatan dan memakai apron dan menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.
5. Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.
6. Makanan yang hendak dijual, pastikan ditutup dengan tudung saji/kain maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkkan dihinggapi lalat dan sebagainya.
7. AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.
8. Memastikan kawasan lantai/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.
9. Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.
10. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
14. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.
15. Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
16. Mengadakan mesyuarat kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
1. Memastikan pengusaha kedai buku mematuhi peraturan pekeliling Kementerian Pendidikan.
2. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kedai buku tiga kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.
3. Memastikan kedai buku dibuka setiap hari persekolahan.
4. Memastikan jenis-jenis buku dan alat tulis yang dijual mengikut syarat perjanjian.
5. Memastikan tidak ada buku dan alat tulis yang dilarang dijual.
6. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kedai buku.
7. Senarai jawatankuasa kedai buku yang lengkap.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ PK HEM.
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Melibatkan semua warga sekolah secara lansung dan tidak lansung dalam pengawasan disiplin murid.
4. Merekod segala butiran kes disiplin dan kesalahan di dalam buku laporan disiplin
5. Memberi taklimat dan mengingatkan murid tentang peraturan dan disiplin dari semasa ke semasa.
6. Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit kaunseling.
7. Merancang program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap disiplin murid.
8. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
9. Berusaha menanam dan mengamalkan semangat kekitaan serta cintakan sekolah melalui slogan “ Sekolahku Rumahku”.
10. Mewujudkan rekod disiplin / system pemantauan yang berkesan
11. Menerima laporan pengawas / guru bertugas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
12. Mengemaskini fail / rekod / SSDM
1. Menyediakan senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas.
2. Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual bertugas yang ditetapkan.
3. Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih yang dicalonkan oleh para guru.
4. Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas.
5. Mengadakan mensyuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
6. Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas.
7. Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas.
8. Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa kemas berbudi bahasa dan sentia membantu guru.
9. Menyediakan jadual tugas pengawasa bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat.
10. Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk arah jika skolah menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah.
11. Merancang dan menyelaras program lawatan sambil belajar.
12. Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas.
13. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa
1. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
2. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahupelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
3. Mendapatkan kerjasama pihak pengawal untuk mengawal keselamatan sepanjang tahun.
4. Meletakkan tanda amaran 'BAHAYA' atau 'KAWASAN LARANGAN' di tempat-tempat yang merbahaya.
5. Memastikan setiap bilik-bilik khas mempunyai carta peraturan keselamatan.
6. Memastikan setiap kelas dan bilik-bilik khas mempunyai Pelan Kawad Kecemasan.
7. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun dua kali.
8. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kemalangan/kesesakan.
9. Membuat pemantauan berkala bagi memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas Program 3K:
Gotong Royong Perdana KPM.
Penyelenggaraan Tandas Sekolah.
Bekerjasama dengan Jawatankuasa PIBK merancang dan melaksanakan program keceriaan kelas.
Melukis mural di tembok/dinding bangunan.
Mengadakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Mengumumkan pemenang mingguan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Menyediakan dan menyampaikan sijil pemenang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Setiap bulan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan kesihatan /insuran murid.
Menguruskan tuntutan insuran murid yang memerlukan.
Menguruskan program kesihatan seperti pemeriksaan gigi oleh Klinik Kesihatan.
Memastikan kotak 'First Aid" mencukupi dan lengkap dan ditempatkan di tempat-tempat tertentu seperti di pejabat, makmal/bilik Sains, bengkel/bilik Kemahiran Hidup.
Memilih dan melatih ahli kuiz kesihatan bagi mewakilisekolah.
Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid yang mempunyal masalah kesihatan
penyakit kronik dan memaklumkan kepada semua guru (terutama guru Pendidikan Jasmani).
Membuat pemantauan di kawasan sekolah memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
Menyediakan laporan Aedes dan dihantar ke PPD setiap bulan. Mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan tayangan berkaitan penyakit denggi.
Menguruskan kehadiran pegawal unit kawalan penyakit ke sekolah.
Mengemaskini nama dan maklumat murid Tahun 6 untuk kemasukan ke sekolah menengah dengan kerjasama guru kelas .
Memastikan semua sijil dan surat penghargaan dibuat dan diberikan kepada murid- murid yang berkelayakan.
Menguruskan borang kemasukan ke sekolah menengah (PSM) dan borang rayuan ke sekolah lain (RSM)
Membantu murid untuk mendapatkan borang-borang dan mengisi serta menyemak permohonan ke SBP / ELIT /PREMIER / SMA K’jaan Negeri / PERKAYA
Membantu murid mengisi borang , sekiranya ada murid yang ingin menyemak keputusan UPSR.
Mengurus taklimat dan ceramah kemasukan ke sekolah menengah
1. Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan dan arahan Guru Besar / PK HEM.
2. Membuat perancangan / aktiviti sepanjang tahun.
3. Merangka program / aktiviti harian dan melaksanakannya mengikut jadual dan takwim.
4. Membuat laporan program dan aktiviti sebagai rujukan dan dokumentasi.
5. Mengadakan sudut Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.
6. Membuat laporan program kepada PPD / JPN
1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi.
2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng).
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
4. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru.
5. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan.
6. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional.
7. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam.
8. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan.
9. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,
1. Mengenal pasti bilangan dan nama murid cicir bagi tahun semasa.
2. Membuat penyiasatan tentang punca keciciran tersebut.
3. Membuat laporan keciciran murid bagi tahun semasa.
1. Menjalankan program “Mesej Anti-DARVIH” semasa perhimpunan mengikut buku panduan yang disediakan.
2. Mengadakan Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah dan memilih wakil sekolah ke peringkat zon.
3. Mewujudkan bilik atau sudut yang bersesuaian mengenai pendidikan pencegahan rokok dan dadah.
4. Menganjurkan ceramah dan pameran yang berkaitan.
5. Menjalankan pemeriksaan mengejut di kalangan murid dengan kerjasama unit disiplin.
6. Mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah yang disyaki merokok dengan bantuan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
7. Menyediakan dan menghantar laporan yang diperlukan pihak PPD dari semasa ke semasa.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan HEM.
9. Menceriakan papan kenyataan PPDa.
Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu;
Bimbingan Murid
Bimbingan Sosial
Bimbingan Sahsiah
Bimbingan Psikologi
Bimbingan Kerjaya
Bimbingan Pencegahan Dadah / AIDS
Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
Mengelola program:
Kem Kepimpinan & Sahsiah
Motivasi Murid
Mengelola dan menguruskan Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.
Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti UBK.
Menyelaraskan hubungan dengan jabatan/ agensi luar untuk khidmat nasihat.
Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (sampling)
Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi )
Mengadakan program khas melibatkan semua aspek bimbingan dan kaunseling.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ PK Pentadbiran/ PK HEM.
Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Bahagian/ Jabatan/PTJ .
Menguruskan asset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)-Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan.
Menguruskan tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) - Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 yang telah ditetapkan .
Menguruskan Verifikasi Stor (bagi Stor Pusat/Utama) mengikut jadual.
Menyediakan laporan tahunan mengenai pengurusan asset
Memeriksa harta modal dan inventori sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
Memeriksa setiap aset berserta kad daftar.
Menyediakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal Kew.PA-10.
Laporan Pemeriksaan Inventori Kew.PA-11 kepada Ketua Jabatan
PENGENALAN:
Modul Pengurusan Murid (MPM) adalah penjenamaan baru bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APOM), lanya merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi semua murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guni melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang.
e-KEHADIRAN
Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara dalam talian. Pembantu tadbir akan membantu guru kelas mencatatkan kehadiran murid ke dalam sistem ini setiap hari.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA APDM
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan data sistem maklumat murid dan seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar.
Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi APDM iaitu melaksanakan pengumpulan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan.
Pengisian data APDM oleh guru kelas berdasarkan salinan dokumen yang disertakan.
Membantu guru dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, penganalisian, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti Enrolment bulanan,
Bantuan Kerajaan, Buku Teks dan Kehadiran .
Guru kelas mengisi data kehadiran murid setiap hari waktu persekolahan.
Ketidakhadiran murid 3 hari berturut-turut tanpa sebab, guru kelas maklumkan kepada ibubapa/penjaga melalui surat amaran pertama./seterusnya surat amaran kedua dan
ketiga.
Mengemaskini data murid terutama alamat/no telefon/status murid/pendapatan ibubapa.
Pengisian data Tingkatan 1 oleh guru Tahun 6.