Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya jua, SK Kuang, telah dapat menyediakan Takwin secara soft copy(Dalam talian) Menyediakan takwim dengan bengkel yang melibatkan SU Unit dan Penyelaras . Tetapi melaksana atau merealisasikan apa yang dirancang adalah lebih mencabar. Komitmen seluruh sumber tenaga kerja Sekolah Kebangsaan Kuang amat diharapkan untuk menjadikan agenda yang dirancang ini suatu kenyataan. Pengembelingan tenaga, usaha, masa, kos, idea dan persefahaman tulus dari hati nurani yang ikhlas dan redha serta kemampuan fizikal setiap individu, para guru dan staf (staf sokongan dan swasta) menjadi tunggak kecemerlangan sekolah.Prestasi kerja terdahulu perlu perubahan demi perubahan. Budaya kerja berpasukan mesti dipraktikkan dan perlu anjakan drastik. Istiqamah, taat menjalankan sesuatu suruhan secara berterusan termasuk urusan agama, mencari dan mempelbagaikan alternatif lain setiap individu guru dalam melaksana tugas dan tanggungjawab kepada sekolah amnya dan anak didik khasnya ini akan menjadi teras kepada perubahan kejayaan.Anak didik di sekolah ini perlu digerak, dimotivasi dan disayangi secara berhemah. Mempelbagaikan pendekatan dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid akan menarik minat murid. Pamerkan kegembiraan, ceria wajah, bentuk kasih sayang, hargai diri mereka dan bimbing mereka. Jana minda mereka dengan ilmu, amal dan akhlak terpuji. Jadikan diri kita sebagai idola. Kenali anak didik kita. Ikhlaskan hati. InsyaAllah terubat segala masalah.Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan murid akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai dewa tapi sebagai fasilitator aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri murid. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti dan bersikap proaktif untuk memperkasa lagi sekolah ini. Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. Akhir kata, bersamalah kita melaksana segala perancangan yang disusun atur dengan bijaksana dan berhemah. Segala kelemahan yang ada jadikan iktibar. Segala yang terbaik jadi ikutan.Sekian Terima Kasih.SITI FATIMAH BINTI MAT HASSANGURU BESAR, SK KUANG #SEKUAT