Jawatankuasa Unit Kurikulum merupakan badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan kurikulum dijalankan dengan berkesan dan sistematik. Ianya selaras dengan kurikulum kebangsaan yang bertujuan memastikan kemenjadian murid yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.
Pembangunan kurikulum ialah proses berterusan termasuklah pengurusan, pembangunan dan pencapaian kurikulum.
Kecekapan menguruskan kurikulum memerlukan penyertaan semua pihak iaitu pentadbir, guru, staf sokongan, murid, ibubapa dan komuniti masyarakat.
Penilaian kurikulum perlu dipantau secara sistematik dan konsisten.
Pihak pengurusan perlu menetapkan matlamat dan menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum.
Perancangan dan pengurusan program PdP berkesan perlu dilaksanakan dengan membudayakan ilmu.
Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah
Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti
TAKWIM KURIKULUM