Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga SK Kuang dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
3.3 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan.
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru seminggu sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.
4.4 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah WAJIB kecuali dengan pelepasan dan kebenaran guru besar sahaja.
5.1 Sistem fail yang digunakan oleh setiap panitia berdasarkan sistem terkini.
5.2 Jenis fail diselaraskan kepada 9 fail putih “hard file”
5.3 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Kurikulum Sekolah.
5.4 Semua fail panitia diletakkan di bilik gerakan untuk rujukan.
5.5 Ahli-ahli Panitia hendaklah membantu Ketua Panitia dan Setiausaha untuk mengemaskini fail 2 Kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November.
6.1. Sistem KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3 , 4, 5 dan 6
6.1.1 Mata pelajaran Tahun 1,2,3 : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Kesenian.
6.1.2 Mata pelajaran Tahun 4 , 5, 6 : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Reka Bentuk dan Teknologi, Sejarah
6.1.3 Mulai tahun 2020, mata pelajaran Pendidikan Kesenian dilaksanakan secara berasingan sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik. (SPI KPM Bilangan 5/2019)
6.1.4 Mata pelajaran Tambahan : Bahasa Arab.
6.2 Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar tetapi mesti ditulis dalam fail RPH. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi dalah WAJIB sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar. Guru bimbingan dan kaunseling akan mengambil kehadiran guru semasa perhimpunan rasmi.
7.1 Perkara-perkara berikut hendaklah dicatatkan/disimpan/dilekatkan di dalam Fail Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (FRPP)
7.1.1 Butir-butir peribadi guru yang lengkap.
7.1.2 Takwim persekolahan 2021.
7.1.3 Jadual waktu peribadi dan kelas serta analisisnya. Jika berlaku perubahan, jadual waktu yang terkini hendaklah dicatat.
7.1.4 Tajuk buku teks dan buku rujukan yang digunakan.
7.1.5 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH) ditulis mengikut format panitia masing-masing
7.1.6 Semua markah ujian/peperiksaan, Headcount/TOV, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah hendaklah direkodkan.
7.1.7 Mencatat perkara-perkara penting seperti perbincangan profesional, jawatan, tugas, cuti, waktu relief dan lain-lain.
7.1.8 Rancangan pengajaran harian (RPH) hendaklah disediakan sebelum pdpc dijalankan bukannya ditulis selepas selesai pdpc
7.1.9 Fail RPH hendaklah sentiasa dibawa oleh guru semasa mengajar di dalam kelas dan boleh diserahkan pada bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak yang berkepentingan (Pentadbir, PPD, JPN, Nazir).
7.1.10 Sukatan Pelajaran (DSKP) dan Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dilekatkan/diletakkan di dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran atau disimpan di dalam fail RPH atau di tempat yang lain tetapi mudah dicapai jika diminta.
7.1.11 Perkara-perkara asas yang perlu dicatat dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah
a) Mata pelajaran, kelas dan masa.
b) Tajuk
c) Objektif Pembelajaran (OP)
d) Kriteria Kejayaan (KK)
e) Aktiviti (ciri PAK21)
f) BBM
g) KBAT/ i-Think
h) EMK
i) Nilai
j) Refleksi/Impak
7.1.12 Waktu Perhimpunan Rasmi hendaklah dicatat dalam RPH.
8.1 DSKP terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan setiap guru yang mengajar mata pelajaran terlibat.
8.2 Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari tahun berkenaan.
8.3 Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
8.4 Semua guru mesti membawa Fail RPH / E-RPH yang mengandungi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
8.5 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus. Perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
9.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. (SPI Bilangan 8/2016)
9.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
9.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.
10.1 Mana-mana guru yang tidak hadir ke sekolah disebabkan mengambil cuti, berkursus, bermesyuarat, berbengkel atau menghadiri apa-apa program yang dianjurkan oleh PPD, JPN
atau KPM perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf.
10.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual jadual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran, menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti dan menggantikan pelajaran yang tertinggal pada waktu yang lain.
10.3 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Guru Ganti.
10.4 Guru ganti yang tidak masuk ke kelas selepas 10 minit waktu PdPc, akan diberi surat tunjuk sebab.
10.5 Guru ganti hendaklah menyemak latihan yang diberikannya kepada murid dalam kelas ganti tersebut.
11.1 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
11.2 Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBD KSSR dijalankan sepenuhnya tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, TP eviden dan showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.
11.3 Mulai Tahun 2019, tiada peperiksaan untuk murid Tahap 1, Tahun 1, 2 dan 3.(Surat Siaran KPM Bil 14/2018)
11.4 Pentaksiran Sumatif akan dijalankan 3 kali setahun untuk murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
• Sumatif 1 – Mac
• Sumatif 2/Peperiksaan Pertengahan Tahun – Mei / Jun
• Sumatif 3/Peperiksaan Akhir Tahun – Oktober / November
11.5 Draf soalan perlu diserahkan kepada ketua panitia untuk semakan 2 minggu sebelum pentaksiran dijalankan.
11.6 Format Pentaksiran.
11.6.1 Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6.
11.6.2 Masa penilaian adalah mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
11.6.3 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.
11.7 Jadual Pengawasan
11.7.1 Jadual pengawasan adalah mengikut jadual persendirian guru.
11.7.2 Tempoh masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
11.8 Penandaan Kertas Jawapan Murid
11.8.1 Guru mata pelajaran yang mengajar bertanggungjawab menanda kertas jawapan murid bagi kelas yang diajar.
11.8.2 Jika guru yang mengajar bercuti panjang kerana cuti sakit, cuti bersalin atau menunaikan haji, menjadi tanggungjawab ketua panitia mata pelajaran untuk mengagihkan kertas jawapan murid kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11.8.3 Tempoh masa yang ditetapkan untuk menanda kertas jawapan adalah 1 minggu selepas hari terakhir peperiksaan.
11.9 Rekod Markah
11.9.1 Markah peperiksaan hendaklah direkodkan ke dalam Fail RPH / fail guru.
11.9.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara dalam talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
11.9.3 Slip keputusan hendaklah dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam fail peribadi murid. Slip bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun hendaklah diserahkan kepada ibu bapa semasa dialog prestasi bersama ibu bapa.
11.10 Gred Peperiksaan
11.10.1 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut :
• A: 80-100
• B: 65-79
• C: 50-64
• D: 40-49
• E :0-39
• TH : Tidak Hadir
11.11 Jadual Spesifikasi Ujian
11.11.1 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran semua murid.
11.11.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.11.3 Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian/peperiksaan.
11.11.4 Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.
11.12 Post Mortem/Dialog Prestasi Untuk Peperiksaan
11.12.1 Post Mortem/Dialog Prestasi secara bertulis disediakan oleh Setiausaha Panitia dan Penyelaras Aliran setiap kali dialog prestasi dijalankan.
11.12.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. Pelan Intervensi hendaklah dirancang oleh setiap panitia bagi mengatasi setiap kelemahan.
11.12.3 Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
11.12.4 Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK Pentadbiran, PK HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah untuk tindakan.
12.1 Semua guru mata pelajaran mesti menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Laporan PBD hendaklah dimasukkan dalam Fail RPH / FRPP
12.2 Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan.
12.3 PBD hendaklah dijalankan secara berterusan dan laporan hendaklah dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei/Jun dan Oktober/November menggunakan Borang Pelaporan Offline yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.
12.4 Pentaksiran SEGAK hendaklah dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Guru P.Jasmani bertanggungjawab mengisi markah SEGAK dalam sistem PAJSK.
12.5 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan slip peribadi PBD ada di dalam fail peribadi bagi mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
12.6 Penyelaras PBD hendaklah bertanggungjawab untuk menyimpan Pelaporan PBD bagi setiap kelas.
12.7 Dokumentasi berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal.
13.1 Pencerapan PdPC
13.1.1 Pencerapan PdPc guru di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun iaitu antara Mac hingga November.
13.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia mengikut jadual pencerapan.
13.1.3 Jadual pencerapan boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan Sekolah.
13.1.4 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
13.1.5 Semua Penolong Kanan dan Guru Cemerlang dicerap oleh Guru Besar.
13.1.6 Instrumen Standard 4 SKPMg2 digunakan sebagai instrumen untuk pencerapan.
13.1.7 Semua guru hendaklah mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21), Google Classroom, I-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam aktiviti PdPc.
13.2 Jawatankuasa Pemantauan
13.2.1 Guru Besar.
13.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran.
13.2.3 Penolong Kanan HEM.
13.2.4 Penolong Kanan Ko Kurikulum.
13.2.5 Penolong Kanan Petang
13.2.6 Ketua Panitia Mata pelajaran
14.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia matapelajaran).
14.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar sekolah.
14.3 Semua Ketua Panitia Mata pelajaran adalah secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah . Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung antara ahli panitia dengan Guru Besar.
14.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaannya dengan isu-isu dan masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau penolong kanan, samaada untuk mencapai penyelesaian atau untuk makluman.
14.5 Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
14.6 Tujuan Penubuhan Panitia Mata pelajaran
14.6.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
14.6.2 Berikhtiar dan berusaha utnuk mendapatkan strategi-strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran.
14.6.3 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditujukan dalam rancangan akademik sekolah.
14.6.4 Mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia matapelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
14.7 Peranan Panitia
14.7.1 Menyediakan rancangan mengajar kedua penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diadakan di antara guru dalam sesuatu aliran dan juga antara aliran di mana ada kaitan.
14.7.2 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran dan tahap kebolehan para murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.
14.7.3 Menyelaraskan soalan-soalan ujian peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap aliran dan menubuhkan bank soalan.
14.7.4 Mengkaji dan menganalisakan keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap- tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
14.7.5 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan –perjumpaan secara ad-hoc bila dan jika perlu.
14.7.6 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir atan membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencadangkan penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu tersebut.
14.7.7 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli.
14.7.8 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
14.7.9 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau kawasan.
14.7.10 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantu dalam usaha kearah memajukan murid-murid yang lemah dan matapelajaran-matapelajaran tertentu.
14.7.11Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan14.5.12Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod berkaitan.
14.8 Pengurusan Panitia Mata pelajaran
14.8.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986, SPSK PK01 Pengurusan Panitia dan SKPMg2 Standard 3.1.2 Pengurusan Mata pelajaran.
14.8.2 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan.
14.8.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dua kali setahun dan diletakkan di bilik fail SPSK. Bilangan fail ditentukan oleh pihak sekolah mengikut keperluan.(Surat Siaran KPM bertarikh 11 Januari 2019)
14.8.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi bagi tahun 2021-2025.
14.8.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR dan menyediakan headcount bagi mata pelajaran.
14.8.6 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun semasa.
14.8.7 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
14.8.8 Mesyuarat panitia perlu dijalankan secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” bila dan jika perlu (SPI Bilangan 4/1986). Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Penolong Kanan melalui Setiausaha Kurikulum.
14.8.9 Setiap panitia mesti menjalankan Profesional Learning Community (PLC) minimum 2 kali sebulan bagi mata pelajaran teras dan minimum 1 kali sebulan bagi mata pelajaran elektif. Satu laporan pelaksanaan PLC perlu diserahkan kepada Penolong Kanan melalui Setiausaha Kurikulum.
14.8.10 Semua panitia mata pelajaran mesti mengadakan sekurang-kurangnya 4 program setahun untuk peningkatan profesionalisme dan 4 program peningkatan akademik setahun untuk murid.
14.9 Kewangan Panitia Mata pelajaran
14.9.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
14.9.2 Setiap panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan selepas mesyuarat panitia kali pertama bagi mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan untuk diluluskan oleh guru besar.
14.9.3 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.9.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan yang diturunkan.
14.9.5 Perbelanjaan Tahunan Panitia hendaklah dilakukan mengikut penggal/sukuan dalam tahun berkenaan.
15.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru penyelaras dan panitia mata pelajaran yang bertanggungjawab.
15.2 Penyeliaan dan pemantauan bilik khas adalah seperti berikut ;
• Pusat Sumber/Perpustakaan
• Surau
• Bengkel RBT
• Bilik Sains
• Bilik SPBT
• Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
• Bilik Peralatan Sukan dan Kokurikulum
• Bilik Pemulihan
• Bilik Kesihatan
• Bilik Seni Visual
• Bilik Kaunseling
• Bilik Komputer
• Bilik Celik Al Quran
• Bilik JQaf
• Bilik Tayangan
• Bilik Akses / SAL
15.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa serta jadual penggunaan mesti disediakan oleh penyelaras.
15.4 Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.
15.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.
15.6 Guru-guru yang mnggunakan bilik-bilik khas hendaklah merekodkan penggunaan di dalam Buku Rekod Penggunaaan/Link/QRCode yang disediakan.
16.1 Guru perlu mengisi Borang SPSK PK06/1 semasa menyemak buku latihan atau buku kerja murid dan perlu dihantar setiap hujung bulan untuk semakan pentadbir.
16.2 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. Jadual penghantaran buku latihan/buku kerja murid boleh dirujuk di dalam Buku Pengurusan Sekolah.
16.3 Semua guru perlu menyerahkan semua buku bagi mata pelajaran yang diajar dari setiap kelas untuk semakan pentadbir.
16.4 Ketua Panitia juga boleh menjalankan semakan jika diarahkan oleh Guru Besar.
16.5 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid :
16.5.1 Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.
16.5.2 Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa.
16.5.3 Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.
16.5.4 Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu.
16.5.5 Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1 semester.
16.5.6 Minima 20 soalan seminggu bagi mata pelajaran Sains.
16.5.7 Minima 20 soalan seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
16.5.8 Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
16.5.9 Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi setiap komponen.
16.5.10 Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Sejarah, TMK dan RBT.
16.5.11 Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran RBT dan TMK merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori.
16.5.12 Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran RBT.
16.5.13 Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan Seni dan Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.
16.5.14 Minima 1 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik dalam seminggu.
16.5.15 Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.
17.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
17.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
17.3 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
17.4 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks.
(SPI Bil 10/1991)
17.5 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
17.6 Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.
17.7 Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.
17.8 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
17.9 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa.
17.10 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Perpustakaan dan Media.
17.11 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
18.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan panitia.
18.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
18.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik
18.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.
18.5 Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan guru bimbingan dan kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.
19.1 Kursus Dalaman dirancang mengikut keperluan dan permintaan guru.
19.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
19.3 Semua guru dan staf mesti melengkapkan 5 latihan setahun namun begitu sasaran 7 hari latihan amat digalakkan. (Surat Siaran KPM bertarikh 5 Januari 2018)
19.4 Semua guru yang menghadiri kursus/taklimat/bengkel mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan apabila pulang berkursus serta mengisi borang minit curai dan dihantar sehari selepas berkursus. Kursus dalaman mesti dijalankan dalam tempoh sebulan selepas selesai menghadiri kursus.
19.5 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.5.1 Bahan-bahan ilmiah/kursus perlu diperbanyak untuk keperluan guru lain dan disimpan untuk rujukan panitia.
19.5.2 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah dan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan berkaitan.Guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.
20.1 Semua panitia mata pelajaran dan Unit Bimbingan dan Kaunseling disarankan membuat 2 kajian tindakan setiap tahun.
20.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/jabatan untuk penyertaan sekolah.
21.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic 14 bagi Tahap 1 dan Times New Roman/Arial 11/12 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5 bagi setiap lembaran kerja dan kertas peperiksaan.
21.2 Bahan-bahan yang hendak difotostat oleh guru perlu ditunjukkan dan mendapat kebenaran daripada Penolong Kanan terlebih dahulu untuk difotostat.
22.1. Peperiksaan dalaman : Peningkatan 5% pada setiap kali peperiksaan.
22.2. UPSR : Peningkatan 3% pada setiap tahun.
23.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk koakademik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
23.2 Guru-guru yang telah dilantik sebagai jurulatih bertanggungjawab melatih murid dan hendaklah memastikan murid-murid yang akan mewakili sekolah telah bersedia sebelum memasuki sesuatu pertandingan.
23.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
24.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .
24.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Guru Besar melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.