PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH LEBIH MEMPERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA
kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG dengan penuh tekad, iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Menjalinkan hubungan erat serta memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah
Melahirkan murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia serta berpegang teguh kepada ajaran Islam
Menjalankan tanggungjawab dengan adil, cekap dan amanah
Mengamalkan budaya bersih dan penyayang
Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi memartabatkan kecemerlangan sekolah
Bahawa murid-murid di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju dan berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan itu, seluas-luas peluang akan diiberikan kepada semua murid di sekolah ini untuk mengembangkan kebolehan dan potensi.
Bahawa semua pendidik di sekolah ini berkeupayaan dan berkebolehan serta mempunyai kecekapan dan juga kemahiran untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu tinggi bagi memajukan tahap pendidikan di sekolah ini.
Bahawa sekolah ini berkeupayaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal dan tenaga pendidik serta berseedia memikul tanggungjawab melahirkan generasi yang boleh memberi sumbangan yang posiitif kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Memburu Kecemerlangan Berlandaskan Nilai Murni Dan Wawasan
TAKWIM PENTADBIRAN