Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang.
Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan
Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa pada akhir Disember/awal Januari
Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru Lembaga Disiplin Sekolah.
Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid
Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubaan selama sebulan.
Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau berulang melebihi 4 kali.
Sekolah perlu mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.
Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.
Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.
Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut.
Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;
RMT dan SUSU
Pendapatan kurang daripada RM450.00 atau perkapita RM
KWAPM
Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK):-
MISKIN Isi rumah RM 930 Perkapita RM230
MISKIN TEGAR - Isi rumah RM580 Perkapita RM140
SPBT
Semua murid layak menerima mulai tahun 2008
Bantuan Khas OKU
Bagi murid kurang upaya.
Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi pada waktu pagi*
Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau.
AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.
Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.
Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan badan-badan luar yang berkaitan.
Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu mengisi Borang Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
Alat pemadam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. 2 orang pengawal pada waktu siang dan 2 orang pada waktu malam.
Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti
Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun
Program RMT
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Ceramah dan kempen mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga
Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya sekali setahun.
Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku.
Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.
Mengadakan pertandingan keceriaan kelas sepanjang tahun.
Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.
Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem Maklumat Murid (SSM)
Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran oleh guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.